Thursday, September 11, 2014

Ehh..eh..My Birthday ke?

Assalam.

Alhamdulillah, semalam genap la usia aku 2_ tahun. Tettt. 28 tahun. Apalah ada dengan angka kan? Yang penting jiwa muda remaja. Ahaks! Pang!!

Kalau tanya aku, celebrate kat mana, takde celebrate mana pun. Aku tak plan pun nak celebrate. (Aku ke yang kena plan?) Haha. It's ok. I is REDHO. Lagipun petang Selasa tu papa dah start demam. So malam tu takde la nak mengharap apa2 selain besday wish. Disebabkan papa tak larat, kul 9 lebih dah sibuk nak tutup lampu. Aku ngan Danish yang tengah gurau2 pun cepat2 la nak tido. Tutup lampu n papa gi dapur (kot). 

Dari bilik dengar la jugak bunyi2 dr dapur. Apekah? Masa tu dalam hati ada terpikir, ada pape ke? (Masih mengharap ke?) Haha. Eh! Tak delah. Takkan la kot (Nak sedapkan hati sendiri). Skali, tadaaa. Papa datang sambil bawak kotak ada lilin (Something like cake, tapi time tu tak pakai spec so tak tau apa isi dalam) sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Hekhekhek i dah senyum2 malu.


Cuppies!! Cute sgttt.
Alahaii sayang, apa yang suwwiiitt sgtt mcm gula ni? Hikhik.

Tengahari aku n kwn ofis makan kat Pusat Latihan Petronas Bangi. Kononnya nak survey tempat untuk dinner untuk bahagian ktorg. 

 Tempat ni cantik. Makan pun murah (takde la mahal sgt). Tapi kalau nak wat dinner kitorang, macam tak cukup budget sgt la kot. Hek3. Kalau wedding ok. Hall dia besar. Ni ktorg makan kat bahagian luar.

 Nasi campur pun ada. Harga berpatutan. Dekat lauk2 siap dah tulis harga berapa.

Ni antara menu yang ada :





I dapat kete F1 utk birthday kali ni ;D

 Petang pulak lepas balik keje gi Jusco Equine. Tekak ni dah lama pulak teringin bukan mengidam yer nak makan nasi lemak old town. Pegi la singgah makan amik set My Dinner yang murah tu. Aku amik OldTown Rendang Chicken Rice . Danish punye OldTown Nasi Lemak with Fried Chicken. Papa amik Black Pepper Chicken Chop. Sume gambar makanan tak amik pun. Dah abis makan baru teringat. Ada gambar dessert je.

Old Town Coffee Lava
(Best gilerrr. Meleleh wa cakap lu)

 Puding
(Mabeless jugak)

Murah. Satu set skali air n free dessert. Nanti korang try la. Boleh tgk menu dekat Menu OldTown ok? Ke korang dah penah try? Aku ni je yang ketinggalan. Dulu masa peknen Danish seminggu skali mesti gi oldtown tp masa tu dinner set kt oldtown air ngan roti tu. Memang mabeles la. Aku suke minum Oldtown White Coffee Freezy tu. Perghhh..layan! Haha.

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow really hb

Tihara said...

alhamdulillah..selamat hari lahir :)

~MommyAqilMedina~ said...

Happy Birthday Ila..Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan jaga diri ye..Husband u memang sangat sweet..Husband aida pon tak se sweet ituu..huhuhu

Zee Suhaini said...

hepi besday mama danish..
muda lagi 28tahun tu..still 20an..
kita ujung taon ni dah masok three series..huhuuuhuu

Diana Rashid said...

happy birthday....
semoga terus berjaya dan kekal cantik..:)

Julia Johari said...

Happy birthday my sayang blogger mama danish...papa buat surprise tu heaven sungguh la...alhamdulilah baru 28 tahun tu...tgk muda remaja cm anak dara jek...sonok kawan ngan dalila ni peramah sangat...comey je perut...semoga dipermudahkan ye nanti...best sgt mcm kt situ...aummmm

Mummy Putri said...

wow!!! happy belated birthday sis...<3 <3 <3

http://sihatgojes.blogspot.com

A Girl Like You said...

wow! Garden Terrace tu macam best! Wanna try that soon lah! ;)

Thanks for sharing! ;)

saly said...

Slmt hr lahir to dalila..adik blogger akk tsyg ni..hehe..sori wish sehari lwt.. wow sweet 28 lg tu..4 tahun muda dr akak tau...haha..
Apapun smg pnjang umur n dberikan ksihatan yg baik..aamiin

::EIDA:: said...

happy belated besday! eh eh kita sebayaaaaaaaaa ;) semoga panjang umur murah rezekii aminnn ;))

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Happy Birthday dalila.. May Allah Bless U always..=D

Azhafizah Md Nor said...

Happy belated birthday :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah