Masalah selesema sememangnya perkara normal dalam kalangan bayi dan
kanak-kanak. Dianggarkan dalam setahun mereka berisiko dijangkiti
selesema sebanyak lapan hingga 12 kali.
Selain mendapatkan rawatan moden ubat-ubatan yang diberikan doktor, tidak salah anda cuba petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan masalah selesema si kecil.
Minyak bawang putih
Panggang bawang putih dengan kulit sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapu di dada anak ketika batuk dan selesema.
Stoking bawang putih (Garlic socks)
Letak bawang putih pada stoking anak. Pakaikan anak stoking berlubang besar seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang. Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.
Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja kerana ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna dua helai stoking berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .
Bawang merah
Potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan.
#copypaste pama.karangkaraf.com

9 comments:
great sharing
nice sharing dear
nice sharing dalila.. bwg putih bleh jgk ye..nnti bleh try..biasa akak pernah bg minum madu..dan tumbuk kunyit + sikit minyak msak then sapu dada dn blakang bb..
tak pernah try lagi yang ni... biasa kalau anak2 selsema saya sapu kunyit je kat hidung dorg... tp next time blh try yg ni plak
memang tu la aku buat dari dulu.. alhamdulillah berkesan..
Aida pon selalu buat Garlic oil tu..sometimes it really works sometimes not..take time jugak sebab remedy kan..mana nak sama denagn ubat ..huhuhu..
Bagus kan...mmg unsur bawang putih tuh sellau julia guna...berkesan utk kembung perut anak juga dalila...itu kehebatan bawang putih...bawnag merah belah dua letak kt bantal anak kiri kanan tu lom cuba...nak buatlah...sekarang Qi selsema...tp nak baik dah
Assalamualaikum. haritu sheila buat steam garlic utk adam. alhamdullilah berkurangan batuk dia. letak kunyit hidup kat hidung dia, hilang terus selsema. hehehe suka ikut petua lama. berguna utk anak2 yang bawah 2 tahun. sebab depa takleh makan ubat lagi...
Nice sharing dear.. nanti boleh guna kaedah nie..=D
Post a Comment