Thursday, August 27, 2015

Solid Food Darwish | Beras Perang

Assalam.

Darwish dah 7 bulan lebih. Masa dah 7 bulan aritu aku dah introduce 'nasi' kat dia. Tapi aku bagi beras perang. Macam yang kita tau, kandungan zat dalam beras perang lebih tinggi berbanding beras putih. Korang boleh google ye untuk maklumat tu. Takpun boleh klik sini.

1st solid food aku bagi kurma, lepas tu bagi puree buah & sayur. Bole tengok entry sini . Alhamdulillah setakat ni Darwish cuma makan homemade food sahaja. Say no to processed food! Homemade food lebih sihat, lebih terjamin. Sedangkan kita yang besar pun tak elok amik fastfood kan.

Kat sini aku nak share cara buat bubur nasi guna beras perang pulak.


Beras perang aku rendam 8 jam atau lebih. Google untuk info ye.

Tapis.
Sangai dengan api slow, jangan sampai hangit pulak ye.

Then blend sampai halus camni, letak dalam bekas kedap udara simpan dalam freeze.

Kalau nak masak amik je sesudu dua. Macam aku, memang tak masak hari2. Aku buat stok bubur utk 4 5 hari, dalam 4 sudu besar beras yang dh blend ni. Kalau dah buat mcmni, nak rebus nasik nanti takyah amik masa lama dah. Setengah jam dah siap. Bubur ni nanti aku masukkan dalam kiub. Bila nak bagi Darwish makan aku panaskan, campurkan dengan sayur skali. Untuk cara buat puree sayur nanti aku update lain yer.


8 comments:

Kak Vit said...

bestkan buat solid food for baby.. saya pun buat gini dulu.. :))

6 tanda anak kekurangan zat besi

Anum said...

bagusnyaaaaaaaaaa

NrlAidaHml said...

Wahh rajinnya mama danish darwish ni,..hehe..aida pun tak rajin sangat tau..asik ulang resepi yang sama je..mesti Ammar pun lelama boring kot..huhuhu..

Unknown said...

saya dulu pun buat macam ni jugak..nak masak ambik sesudu je..cukup 2x makan tu..

Julia Johari said...

Oh lepas sangai letak dalam fridge rupanya...dulu julia pernah buat letak kt luar dlm bekas je tp naik kulat huwaaaaaaaaaa tq dear share...mana tau ada rezeki kan leh revise sini balik

saly said...

Owh beras perang kak saly blum prnah buat ni.biase yg beras biase tu.btul blend halus bile nk masak cepat jew siap.

Fifi Nadhrah said...

senangkan kalau buat macam ni..

NrlAidaHml said...

Rajinnya Mama Darwisy ..aida masak hari2..huhuhu..tapi macam time consuming plk..ni nak try blend beras lah..cepat sikit masaknya kan..huhuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah