Monday, August 3, 2015

Raya 2015

Assalam.

Syawal dah masuk hari ke 18, tapi aku baru nak update pasal 1 Syawal. Melampau tak? Hahaha. Tak pe la. Yang penting ada kan? Macam yang aku penah citer sebelum ni, tahun ni turn beraya kg papa d. Jadi ke nogori la kito! Balik kg sehari sebelum raya. Tak jem pun sebab ikut jalan dalam. Petang berbuka kat Jelebu (kg FIL). Lepas berbuka baru gi kg MIL-Palong 1. 

Siyes! Tahun ni tak banyak gambar pun sebab raya petama aku sempat pakai baju raya tak sampai setengah jam pun. Mihmihmih. Lepas amik gambar yang aku tepek sebelum ni tu, terus salin baju lain. Sebab nak pakai balik raya ke 3. Ada perjumpaan family besar FIL n waris2. Nak sedondon kekdahnya!

 Banner program.

Gambar dipagi raya ke 3.

Family in law

 Yang depan skali uwan papa d.

Kira raya petama, kedua, ketiga aku kat Palong 1. Pagi raya ketiga tu baru gi Jelebu balik. Perjumpaan family tu kat depan rumah uwan papa d je. Agak meriah, siap ada lucky draw bagai. Tapi satu gambar pun aku takde sebab kejap je aku kat ctu. Pastu dok umah uwan papa d, bagi Darwish makan, tidokan dia.

Alhamdulillah. Sepanjang kat kg Darwish ok sangatttt. Tak meragam pun walaupun agak panass sket. Sampai orang pelik, takde dengar nangis pun. Haa...itulah Darwish. Tak banyak ragam. Abang Danish pulak yang manja kemain. 

Raya ke 4 aku ngan family in law ke PD stay kat Glory Beach Resort. Saja bawak budak2 seronok2. Ramai jugak kan yang beraya kat sana. Swimming pool pun penuh. Aku tengok dari atas balkoni je. Takde turun pun. Ktorg stay kat apartment 3 bilik MIL sponsor. Best, besar, selesa. Kalau pegi ramai2 memang berbaloi sangat. Siap ada voucher bfast utk 6 orang. Sori takde gambar jugak. Korang blh google je review Glory Beach Resort ye. Sume apartment sama je aku rasa.

Ada lagi cerita raya nanti aku update Jamuan Raya Bahagian ktorang pulak. Nak letak dalam ni skali panjang lebar pulak nanti. Cukup la setakat ni dulu. Nahh banje 1 gambar adik beradik ni.

 Abang selalu kena buli ngan adik. =D

7 comments:

Unknown said...

muda lagi uwannya..
seronok dapat kumpul semua waris..

Abam Kie said...

keluarga sy susah nak buat family day mcm ni sbb balik raya pun sekejap je n x sama hari.

Julia Johari said...

Wahhhh siap pi Glory beach resort...phewiiitttttttt meriah hari raya dalila tau

Unknown said...

seronok nya raya awak..berkumpul ramai2 siap dengan bercuti kat resort lagi..

Unknown said...

seronok nya raya awak..berkumpul ramai2 siap dengan bercuti kat resort lagi..

saly said...

Seronok k.saly tengok..meriah bkumpul..yg pling teruja tengok banner tu.mmg bsemangat.indahnya syawal ...

Aula MommyRazim said...

takpa takpa kita raya sebulan. apapun meriah betul sambut rayanya.. siap berbanner bestttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah