Tuesday, October 22, 2013

Part 2 - Makan & Shopping @ Langkawi

Assalam.

Bertemu kembali.

Cerita Langkawi kita padat2kan dlm entry kali ni. Malas nak wat ber'part2' plak. Sebab xbanyak pun tempat yg aku gi. Kita straight to the point ok?


Masuk je terminal dh tercongok tggu beg(*). Tapi papa la. Aku dok melayan si Adam Danish sibuk nk tgk fish kt akuarium kt ctu. Sian kt abang kete sewa tggu lama (Haha). Nak kuar tu ada org bg map bagaii. Aku amik la. Memang tu yg aku carik. Benda tu amat berguna kalau korg plan nk jln2. Bagi merancang perjalanan. Walaupun Pulau Langkawi xbesar, tp jarak tempat2 menarik bole tahan jauh2 jgk. Tu yang aku kata kena rancang perjalanan. Contoh dr Cable Car nk gi Mahsuri, jauh tau. Korang bole plan gi tempat lain yg berdekatan ngan Cable Car mcm Telaga Habour, ke dpn sket bole gi Crocodile Farm. Kalau la..tp aku xdpt gi pun. Hukhukhuk.

* Aku lupe nak citer kt Part 1, lugage ms pegi aku amik 15kg je. Balik 20kg. Aku pun xtau ape yg aku isik, ms pegi berat lugage jadik sampai 15.4kg. Hamik kaw! Nasib baik abg airsia baik hati. Kalau x kene byr dekat rm35 jgk. So korg pandai2 yer.
 
Ni kete yg ktorg sewa Kia Picanto RM60/day. Tapiii (ade tp ye) Its not recommended! Carik je la kete Masia. Viva ke Myvi ke, Vios pun ok. Xsampai sehari ktorg pakai rase nk tukar je kete lain. Tapi sume dh xde. Pakai je lahh. Minyak pun bole tahan. Kalau org biasa citer gi Langkawi xyah isik minyak byk, cukup RM20 utk 3 hari, bagi ktorg, jentera ni matekedarah. 3x isik minyak uols.



Weols kuar airport pun dh dekat kul 330. Terus nak gi checkin. Tapi sebelum tu nyinggah kt Pantai Airport dulu pekena Laksa Power. Betul2 power bak ang! Bukan setakat laksa, cendol pun meletopp. Char kuehy teow lg la meletop letopp ols. Ok, xsusah pun nak carik. Gerai ni tepi pantai je. Sebelah je ngan gerai 'Laksa Ikan Sekoq'.

Ni la laksa power yg aku cakapkan tadi.

Haa.. ni pulak cendol yang meletop tu. Kekeke

Haaa..ni la char kuey  teow yg meletop letopp tu. Tapi syg, aku dpt mkn sesudu je. Yang lain dihabiskan oleh tuan yg punya tgn tu. Adooiii.

Ktorg dok kt Rumah Peranginan Persekutuan (utk kakitangan kerajaan) atau nama komersialnya Federal Villa. Wahh ada nama komersial kau! Kerrlass! Haha. Papa apply kt bph. RM55 semalam. Federal Villa diuruskan oleh Holiday Villa, so dapat la merasa macam dok kt Holiday Villa. Ngeee~~


Check in kat Holiday Villa n kene byr deposit RM100.

Ok ni dia bilik yang berharga 55 hengget tu. Besau kau!

Siap ade sofa bed lagik. Bole la klu anak dh besar nak tdo kt ctu.

Ni gambar keluarga bahgia kami. Ngee. Lariiii.

Dah solat jamak, rehat2, mandi suma ktorg kuar blk gi pekan Kuah. 1st ni nk survey2 je dulu. Xbeli pun.

Ni kat Hj Ismail Group (HIG). Antara tempat peberet kaki shopping pinggan mangkuk. FYI Hj Ismail skang dh ade kompleks sendiri tau. Belakang Hj Ismail yg besar tu. Xpe kalau xjumpa korang tanya staff dia.

Ni satu lagi tempat shopping. Idaman Suri. Kat sini byk set pinggan mangkuk yg lain2 dr jenama terkenal. Maksudnya, pinggan mangkuk yg brand biasa2 je n murah tau ols. 3h 2m kt cni dh puas aku survey, kt sini la paling murah coklat2. Murah berbanding Hj Ismail. Tp ktorg xdpt la nak borong sgt sbb ingatkan nak beli coklat ms last day, sbb takut cair. Last2 tghari Jumaat sebelum blk, nak singgah skali tutup. Sekian~

Tempat lain, macam Langkawi Saga (depan HIG yg besar) ok jgk. Tapi cuma ada coklat tertentu yang murah. Set casserole (yg aku aim) murah jgk. Bole pilih pulak tu, RM299 dengan freegift. Tanpa freegift RM249. Freegift dpt Pyrex yg berharga Rm69. So u can choose. Decision is in your hands yaw! Satu lagi RAMS, jln dr Pekan Kuah nak ke Jeti Langkawi belah kanan. Tapi ktorg xsempat gi sana pun. Masa pegi tahun lepas je shopping kt ctu. Kat sana byk barangan kaca yg murah2. Macam kt Idaman Suri.


Sebelum blk hotel weols mkn dulu. Makan ptg merangkap mkn mlm. Kat belakang KFC Kuah je. Dari KFC terus jumpa simpang 3 amik kanan. Restoran terletak di sebelah kiri. Ni dia..

Wan Thai Langkawi Restaurant
 Antara restoran yang sdp kt Pekan Kuah ni. Sedapp tapi agak mahal sket. Puas ati la.

Tom yam yang kaw! Semangkuk ni RM15.

Ikan siakap 3 rasa RM30.

Ni je lauk ktorg utk malam pertama ni. Nasi 3 air Fresh Orange n Laici. Total RM58.
Bagi aku ok, dengan rasanya yg mabeles. Cuma 1 je, aku xdapat nak rasa otak-otak yg isi dalam kelapa tu. Bila tgk harga RM25 sebijik! Woww. Fitam jap! Cancel terus. Dengan RM25 tu aku bole beli Kinder Bueno kotak besar yg ada isi 8 tu+Ritter Sport 2 tau! Hahaha. Kodokut kan aku. Tapi agak-agak la weh mahal sgt kott. Makan kang jadi t**k jugak. Tapi korg kalau nak try bola la. Femes kat cni tau.

Perut dah kenyang, hati pun girang, bole balik bilik dah. Tapi sebelum tu kena carik Shieldtox dulu. Nyamuk banyak kaww! Aku xnak derma darah. Huarghh.

Akhirnya tewas jugak. Hahaha.



5 comments:

syawalsimpsons said...

lamanya tak jalan langkawi ni..mmm.mak sedara aku ada kat sana...kat tanjung rhu..

dalila said...

woww..bestnye klu dok langkawi..ari2 pun bole shopping cekelat..hihi

safurara said...

aah dorg kata mmg kalau turun airport ada laksa sedap kt situ.haih xsabo nk rasa.

Fifi Nadhrah said...

aku makan lakse ikan sekoq je.. hahaha..

benci.. tetibe rase nak g langkawi lagi..

sWeet-SwEet hAni ManJe said...

ala tue jer ker.. citer la lg.. akak nk gi bln 4 nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah