Monday, March 18, 2013

Teknik Urutan untuk Bayi

SALAM kalian-kalian ;)

Masa Danish baby dulu kan, aku pernah tercarik2 mende ni. Punye la payah nk carik. Akhirnya jumpe kt majalah pa&ma. Tu pun kt iklan Johnson & Johnson. Sempat la jgk aku wat kt Danish. Kat sini aku nk share teknik urutan yg aku amik kt fb Komuniti Anak Manja Ibu. Teknik yg lebih kurang sama.


Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja anda =)

Selamat Mencuba!

1. Kaki

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Sumber : ummi adni

2 comments:

Fifi Nadhrah said...

aku selalu buat yang ILU tu.. lain BS ambil alih.. kejam tak? hahaha.. tapi sampai sekarang.. bile aku rase ufairah penat.. aku mesti urut ufairah.. diam je bile kene urut. syok la tu..

wei.. badan anak kecik best la.. senang urut.. try urut org tue.. hahaha..

eynda said...

Masa anak kecik2 dulu rajin gak urut cam ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah