Wednesday, April 29, 2015

Happy Birthday My Sweet Husband!

Assalam.

Dalam dok terjah2 entry uolss yg iolss tertinggal, teringat pulak kat 1 citer ni. Sayang pulak ghasenye kalau tak masukkan dalam blog ni. Ni kan blog family, cerita family, tak best la hari2 penting family cmni, boleh tak masukkan kan?

17 April 2015
Genap la usia sang suami yang ke 29 tahun. Alhamdulillah. Siyes tak tau nak buat apa. Tak best la klu tak de surprise kan? Aku pulak tgh cuti lagi. Dalam kepala ni banyak sgt rase nak buat. Baca email, groupon ada promo buffet lunch kat Menara KL+tiket masuk aquarium tu. Sorang cuma RM65 je tak silap. Macam nak beli promo tu, tapi....kat umah tak leh nak print voucher bagaiii, tak kan nak mintak besday boy yang print kan? Dah jadik tak surprise la. Ok, cancel!

Plan B, kengkonon nak candle light, tapi pkir anak2 macam susah pulak nak handle. Kang candle ke mana light ke mana pulak kang. Wahahaha. Ye lahh, sejak dah ada 2 anak ni, nak kena fikir jugak keselesaan anak2 tu. Tambah pulak baby, kecik lagi. Ok, cancel!

Nak antar munge ke coklat ke pakai surprise planner, ai is malu. Hahaha. Takde la. Ada sebab lain lagi. Last2 tengok fb Garam dan gula ada buat macam2 promo. Aku pulak memang penah rasa kek dia sebelum ni. Pulak tu 'cik garamgula' (iera) ada wat delivery sekitar Putrajaya, berdesupp la aku order mintak antar kat umah.

Masa hari kejadian Danish memang tak gi taska. Dalam hati ni, kang kantoi pulak plan aku. Bangun pagi2 tiup belon, sorok dalam almari baju. Takut nanti, dia nampak belon die call papa bgtau kat umah ada belon pulak! Haha. Dalam kul 9 lebih iera call cakap nak sampai dah. Ok, aku bawak 2 beranak tu turun amik kek kat bawah lobi. Tapi aku cakap kat Danish mama nak amik kuih. Takut sgttt bocor rahsia sebab Danish memang mulut bising sket. Hahaha. Bila nampak iera bagi kotak kat aku, n nampak ada pisau potong kek tu, dia tanya "Mama, ada kek birthday to u ye?" "Tak la, mama beli kuih je" Sampai atas aku tunjuk eclair ngan cream puff. Nasib ada order benda lain, kek dah sorok siap2. Pfftttt.

Tghari papa balik. Bila dengar bunyi kunci nak bukak pintu, aku cakap kat Danish "tengok tibi, tengok tibi". Eceh. Dia pun buat2 tengok tibi. Tapiiii bila papa masuk je rumah ---- "Papa, ada kek papa punya". Dushh. *Pitam*. Hahaha. Papa masuk sambil senyum2 cakap "Dah tak surprise dah bang". Anakkkk!!! Memang tak leh simpan rahsia tau! Pape pun jadik la..utk suka2 je.

 Eclairs & Cream Puff Combo

Nutella Chocolate Cake

Semangat dak ni makan. Susah jugak sebenarnya nak tengok Danish makan kuih. Tapi eclair ni skali makan habis seketul.

Jadik la utk kami 4 beranak.

Happy Birthday Suami,
Semoga dirimu dipjgkan umur, dibukakan seluas2nya pintu rezeki, sentiasa berada dibawah lindungan Allah, diberi kesihatan yg baik utk terus beramal kpd Yang Maha Pencipta. Semoga segala urusanmu dipermudahkan..Terima kasih kerana menjadi papa yang penyayang & bertanggungjawab kpd anak2 kita..love u to the moon and back (c&p ig)

* p/s : Bulan 9 nanti jgn lupa wat surprise untuk ittewww pulakk! LOL


9 comments:

Zaza Abdul Latif said...

happy belated birthday husband uolls ;)

Unknown said...

hahahaha tukang bocor rahsia ado...
sedap nampak kek tuh..
pepon hepi belated besday..

Anum said...

happy belated birthday to your husband

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahhh birthday boy april ye sama juga dgn suami sheila. hehehe. btw whtspp sheila kak 017-3863474. hehehe pasal vision tu

Unknown said...

hahahah..sabar je la..gitu la jadi kalau nak buat suprise plan pulak dengan anak2..hehheh

Fifi Nadhrah said...

syabas danish.. mengantoikan mama.. hahaha..

FarahFerraDotCom said...

Adoiii dah hampir berjaya dah dalila.. danish kasik kantoi la pulak..hehehe.. tapi tak pe la yang penting husband dalila happy btl x..=D

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

arysha_fayyadh said...

Assalam dalila,
soka kan seperaih2 he3
samala :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah