Friday, November 14, 2014

Pisang Cheese Jakarta @ Bangi

Assalam!

Fuhhh..fuhhh..*sambil lap2 sawang kat blog ni* Hahaha.

Sejak 2 menjak ni aku bz sgt kt opis ni. Tak sempat nak update pape. BW pun mana yang dann je. Tapi klu aku dah bukak blog korang, aku katam abis ape yang aku tetggl tu. Tapi tu la! Kadang dapat bukak 1 2 blog je sehari. Pfffttt.

Arini aku nak tayang bgtau kat korang yang, pisang goreng cheese yang selama ni aku idamkan tu dah berjaya masuk kat tekak aku ni minggu lepas. Ohhh..ohsem! NIKMAT sgtt!! Hahaha.

Sebelum ni aku byk tgk orang post kat fb, ig, blog pasal pisang cheese (PC) ni. Tapi susah naww nak dapatkan sebab sume kat area KL. Aku paling malas nak menempuh KL tu kalau takde benda yang penting sangat nak cari. I is redho~

Mggu lepas bile tgk kat ig ada Pisang Cheese Jakarta kat area Bangi, berdesuuppp la aku ajak papa pegi! Petang tu jugak! Lepas balik keje terus pegi. Tengok kat ig gambar orang dok beratoq. Nasib time aku pegi tak de orang lagi.

Tak susah nak carik. Gerai ni kat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Deret Hospital Az-Zahrah &  An Nur. Betul-betul sebelah Restoran Jepun Miyagi.

MENU. Aku beli yang original je. Nak rasa yang asli. Nanti boleh try yang lain pulak.

Waktu Operasi

Model tak berbayoo Pisang Cheese Jakarta.

Ehemmm. Ni la PC Jakarta. Auwww. Mabelesss.

Ada satu lagi yang aku tak puas makan lagi. Jeruk asam boi!! Huwaa. Petang kang balik umah mak nak try buat sendiri. Siyes tak puas makan wlupun dah penah rasa orang buat.

 Sekian.

Bye!

15 comments:

Zaza Abdul Latif said...

bagus PC kat kl ni.. macam2 dah dikomersial kan..

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Fifi Nadhrah said...

awat lain je PC die? bukan PC tak pakai tepung ke? nak kene try buat sendiri ni..
tapi cheese kat atas tu mabeles.. nampak sedap!~

Momma AA said...

waahhh... terliur dibuatnya tgk PC ni..

Julia Johari said...

Perghhhh tergugat iman tgk dalila update...sukaaaaa lahaii...tak yah pi jakarta...kt bangi pun ada...eh nak tiru buat sendiri la cm ni hehhehe

Diana Rashid said...

sebenarnya kalau yang kat indn sana PC dia bukan pakai tepung..dia cuma pisang yang di goreng dengan sedikit majerin atau mentega je..

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Sedapnyaaa..aida pon tetiba teringin..hari ni nak pergi Area Bangi boleh singgah nanti..thanks Ila..hehe..Jeruk mangga asam boi tu aida dah eprnah try..tapi perut tak tahan la..pedas sangatt..huhuhu

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

farah pernah makan jugak pisang cheese nie.. tapi tak sedap langsung..mual kt tekak.. maybe org yg jual tue tak pandai buat kot.. huhuhu... tp tengok yg awk share nie sedap la pulak..

Fifi Nadhrah said...

singgah sini lagi.. lagi2 makanan menarik.. share..

LadyBird said...

Yumm yumm yumm

Fifi Nadhrah said...

pinpin.. pinpin.. entry baru pelis.. hahaha

::EIDA:: said...

dua dua makanan fenomena ni ida tak pernah testt lgiii huhuhuhu sedih!

aIEn said...

salam kenal & salam singgah =)

adeehhh...menjejes dh ailio ni tgk PC jakarta nii..harus ajak hubby g beli jgk ni =p

Ujie said...

Wahh...harus cari ni. Mujur bangi tak jauh mana..

AYuNG said...

jalan2 cari pisang cheese...

kena try nih..
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah