Friday, November 21, 2014

Hari Ilmiah Taska Danish

Assalam.

Selasa tuari, 18hb hari ilmiah (kalau tak silap) taska Danish. Dalam erti kata lain, hari amik report card. Hekhekhek. Aku perasan pasal hari ilmiah ni pun ari Isnin tu tengok tampal kat notice board. Dalam ati, terpikir, ape pulak ni. Tapi takde la aku tanya, sebab masa tu kelam kabut nak cepat. Masuk je kete, wlupun xtau ape itu hari ilmiah, aku citer kt papa. Masa tu terpikir mcm ceramah ke ape ni. Tapiiii ms turun tangga taska tu dengar cikgu tanya kat parents, "Akak bole dtg x?"(akak tu ank dia transit kat taska tu) Sebab start kul 4-5 ptg, so aku cakap kat papa, pape kita tengok esok lah.

Sekali petang Selasa tu masa amik Danish, tengok parents ramai2 kat depan kaunter, cikgu siap tunggu kat meja kecik ngan fail2. Apakah?

Nahh..dapat fail ni. Hik3. Rasa dah besar sgt ank i. Rasa nak nangess pun ada sebab rasa dah tua. LOL!

Tak puas ati jugak sebenarnya ngan markah ni, sebab aku rasa teacher dia main boh je. Cewaaah. Eh! Aku kenal la anak aku. Yang part "Boleh mengenal & menamakan warna" tu. Setau aku, Danish dah kenal warna. Tapi cmana boleh dapat C?? Haihh. Tak puas ati betul! Hekhekhek. "Angka 1-20" tu pun, Danish dah bole mengira sampai 15 setakat ni. TApi aku tak amik serius sangat. Tak pe la. At least tau la jugak apa dia buat kat taska tu. Ada la jugak aktiviti wlupun baru toddler.

Paper exam

Hasil kerja budak 2 tahun 10 bulan.
Yang ni teacher compalain sebab teacher suruh warnakan tapi dia conteng.
Kau ghase??

Lahaiii..budak 2 tahun lebih ape la tau sgt kan? Memang kat umah papa ada belikan Danish buku mewarna upin ipin, camni jugak la jadi buku tu. Aku tak tau nak buat cmana. Tapi aku rasa terlalu awal lagi kot utk aku ajar Danish mewarna. Kalau dah 3tahun++ nanti in sha Allah.

Harini (Jumaat, lepas solat Jumaat) taska Danish ada Hari Konsert (Konvokesyen) kat Dewan Perbadanan tapi Danish tak join pun papa sanggup cuti arini bawak Danish services kete n jalan2. Papa is hati tisu! Bila ktorg dah decide yang Danish xyah join, terus nak amik cuti utk jaga Danish. "Sian nanti..masa orang pegi, mesti dia tengok je". Camtu la ayatnya. Last2 budak2 yang tak join memang parents kena amik tgahri pun. Tak kan nak tinggal kat taska kan?Sape pulak nk jaga kalau dah sume cikgu pegi Dewan Perbadanan tu.

Tak silap nama Danish naik untuk persembahan menari kot. Tak yah la kot kan? Tapi sebenarnya aku macam tak puas hati bab lain. Bukan kedekut, tapi bukan ada apa pun, tapi 1 family kena bayar RM80 utk makan. Pfffttt. *lap peluh* Macam masa Temasya Sukan aritu, kena bayar lebih kurang macam tu jugak la. Tak pe la. May b tahun depan ktorg join la sebab Danish pun dah masuk kelas playschool. Dapat la tengok Danish naik stage pakai baju konvo bagaii. Huwaa. Rasa nak nanges lagi. Sobs sobs sobs!

12 comments:

aIEn said...

bg sy ok la tu result utk budak umur 2 thun 10 bulan tu =)

FarahFerraDotCom said...

Alhamdulillah ok la tue utk umur budak baya danish.. kira satu pencapaian yg bagus dah tue..=D

NrlAidaHml said...

Alahaii sedihnyaa..kalau aida pon bengang sebab cikgu cakap tak seiring dengan umur Danish..Takpelah Danish next year study rerajin lagi ye sayang..lagi pun awl lagi nak evaluate..Tapi kan bab different antara kat school n rumah tu, Aqil pon jadi benda yang sama..dia dah kenal semua huruf kat rumah, tetiba teacher dia cakap, ada huruf yang dia tak kenal?so agak pelik sbenarnya..lastly baru find out, dia bukan tak tau, tapi dia malu dengan Teacher..tu je..fuh sabar je la..hahaha

LadyBird said...

Ok dah tu.. ada org lmbt dlu cpt kemudian.. jgn bmbgnye.. :)

::EIDA:: said...

xpe la budak2 lagi. umur dua tahun masih nak main lagi... rileks la cikgu punnn lahaiii hihihihi

Julia Johari said...

Leh tak mak nak marah...ish tetiba cm nak marah bg pihak adik danish...

Cikgu...danish baru berusia 2 thn lebih...peringkat dia adalah belajar sambil bermain...x perlu la nak buat exam bagai...budak2 dpt mmg conteng je kejenya...tetiba ju rasa x puas hati la dalila, some tadika buat terlampau strict...nak ajar dan didik budak2 betul, tp give masa kt diorang nak explore...dan dioarng perlu di ajar berjuta kali baru faham sekali...

Ish tu sebab ju nak bg Qi tadika umur 4 tahun...sekarang kalo Qi masuk pun keje nak men kejar2 je...xd makna la nak kaler2 pun...conteng dinding sekolah baru tau hahhaha

dalila, bagus u kan take positif...kalo mak Qi mau bebel kt situ kot...nak marah anak orang...tak pk ke danish tu masih todler...bukan darjah 1...so silly huh

Unknown said...

alahai kecik lagi kot..baru 2 tahun ape yang dier boleh buat..

takpe la dalila, pasni leh train lagi danish tu..kita takleh nak paksa sangat bebudak ni..kena ikut rentak dorang jugak..

LYAfrina said...

Utk umur 2thn dh ok sgt tu.. lg pom usia camni kna santai2 je.. biar dia.rsa enjoy

Fifi Nadhrah said...

untung anak ko.. ade tadika.. sedih pulak aku rase.. ufairah takde pendedahan tu semue..

Fifi Nadhrah said...

dalila.. update plis..

Kak FS said...

2 tahun dah ada exam..result tu kira okla sbb 2 tahun kan. cikgu patut tak boleh kata mcm tu, dia patut kena beri sokongan

Fifi Nadhrah said...

saje nk bagitau yang aku dtg sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah