Wednesday, July 9, 2014

Suis Tutup Tangisan Bayi


Sebelum ini, kita pernah membincangkan tentang kolik iaitu bayi sihat dengan episod tangisan berpanjangan yang memenuhi ciri-ciri: mula banyak menangis seawal usia tiga minggu, tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan. Bayi bukan kolik juga sebenarnya berpotensi menangis berpanjangan dan sukar ditenteramkan  dalam beberapa kejadian kecil terutamanya pada tiga bulan pertama. Kenapa? Kerana bayi sangat mudah merasa “overstimulate” (letih) dengan  semua perkara yang berlaku disekelilingnya merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual  rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana serta orang asing.
Cara untuk mententeramkannya? Cuddle Cure! Ia adalah kombinasi 5S(The 5S’s technique) kerana kesemua teknik ini bermula dengan abjad ‘S’. 5S ‘meniru’ kesemua sensasi yang disediakan rahim untuk bayi selama sembilan bulan. Sensasi-sensasi inilah yang dibuktikan mengekalkan fetus bertenang selama di dalam rahim atau jika tidak, dapatkah anda bayangkan jika fetus ‘mengamuk’ ketika di dalam rahim?
 
Cuddle cure merangkumi kombinasi:
1.       Swaddle; membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.
 
2.       Side/Stomach Position; memegang bayi secara mengiring atau diperutnya. Ia juga di panggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.
 
3.       Ssshing; membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan serta buka tutup injap jantung ibu, bunyi proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta bunyi dari luar rahim yang hampir tidak ditapis sebelum menerobos masuk ke dalam rahim. Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!
 
4.       Swing; menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih di dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
 
5.       Sucking; membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih.
Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi, dalam masa yang amat singkat! Kerana itu ia digelar suis tutup tangisan bayi. Namun, ia perlukan tunjuk ajar dan tidak akan sempurna melalui pembacaan semata. Maka, selain itu cubalah beberapa alternatif mententeramkan bayi di bawah;
 
1.       Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu mententeramkan.
 
2.       Urut; berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.
 
3.       Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.
 
4.       Mandikan dengan air suam;tak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak lavender sebelum mendodoi bayi untuk tidur. Selamat mencuba!

Sumber : pama.karangkraf.com

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

:)GREAT SHARING
SANGAT BERGUNA

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak dalila, berguna sangat tips ni. in shaa Allah. balik nanti nak cuba dengan anak...

✿ pink velvet ✿ said...

thanks 4 sharing :)

syawalsimpsons said...

info yang baik kan

Azhafizah Md Nor said...

Good info :)

Julia Johari said...

Haaaaaaaaaa Cuddle cure ini bagus...julia pernah amal pada Qi dulu masa bb sbb Qi dulu adalah kategori baby kolik...kuat menangis hampir 1 jam...penat oo nak handle...julia tgk Cuddle Cure ni dlm rancnagan Oprah Shiow dlm TV...betul2 magic tau buat bunyi ssshhhhh tu bb diam sekelip mata...woooooooowwwwwwww

saly said...

tips bmanfaat..
ada senarai ats tu pernah sy buat pd bby sy

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Nice sharing dear.. =D

Fifi Nadhrah said...

best gile info yang ko bagi ni!~

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Dalila.. please pm farah sekarang kat link bawah nie sat boleh..thanks..
https://www.facebook.com/pages/Mrs-Secretarys-Blog/129136593891755

~MommyAqilMedina~ said...

Wahh..good info ni..nanti boleh refer blog ila..bila baby dah keluar nanti..hehee

Iryns Ahmad said...

nice info,boleh practice kt anak.. i follow u dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah