Tuesday, June 7, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPM 2015

Alhamdulillah. Tanggal 26 April 2016 adalah hari paling bersejarah bagi macik selepas tarikh ulangtahun perkahwinan. Mihmihmih. Biasa la. Over tu penting. Kihkihkih.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 9 tahun (4 tahun di JPKL dan nak masuk 5 tahun di sini, HQ Jabatan Perangkaan) berkhidmat sebagai penjawat awam, macik dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang utk tahun 2015! Syukur sangat! Rezeki anak2. Disebalik cerita tu bukanlah semua yang manis2. Biasa la kan, manusia tak pernah senang dengan rezeki yang orang dapat. Normal~

Tapiiiii..

Yang jadik tak normal bila ada yang mengata belakang2. Yang mengata pun, antara yang rapat jugak. Sedih kan? Mau tak sedih? Berminggu2 aku rasa down sangattt. Sedih! Rezeki ni bukan aku yang mintak2. Bukan aku yang paksa/mintak kat pegawai untuk calonkan aku. Aku sendiri rasa bersalah bila nama tercalon, sebab aku tau aku baru lagi kat sini. Ramai lagi yang lebih layak. Sobs!

Ok la, malas dah nak fikir semua tu. Benda pun dah lama lepas, aku je yang lambat update kat sini. Minggu lepas aku dah dapat gambar rasmi masa majlis tu. Itu pun bukan pree ok? Hikhik.

Tadaaa..
Dan-dan menggigil kaki macik masa nak naik stage. Haha!
 
Majlis utk tahun ni buat kat Auditorium Parcel D je. Takde dah PICC. Save budget kekdahnya! Semua jabatan bawah Jabatan Perdana Menteri buat sekali. Ada 2 sesi, pagi n petang. Nasib baik macik sesi pagi kalau tak memang kelam kabut la. Tu pun belum macik pakai tudung korporat JPM yang jenis licin tu, kalau tak lagi haru! Kalau ikutkan kene pakai tudung JPM tu, tapi macik ingkar. Mauu tak ingkar, kalau macik pakai, macik kira2 macik kene bangun seawal 4 pagi kot nak setting awning atas dahi ni. So, ingkar sket2 pun kira bole je lah! Kikiki.
 
Peace yawww.
Pagi2 fresh lagik. Ni sebelum berangkat ke Parcel D.
 
Ok la. Takde banyak gambar pun nak share. Sebab dalam audi takde amik gambar pun. Kat booth yg JPM buat pun lupa nak ambik. Sekian..adios!
 
 
 
 

4 comments:

NADIA vs BERON said...

tahniahhh. biarlah orang nak kata apa. mulut orang memang tak boleh tutup.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...Tahniah dapat APC. Smoga terus cemerlang. ABaikan saja mulut orang yg mengata tu.

Julia Johari said...

Ya Allah bangga sangat dengan pencapaian dalila tau...servis kita sama 9 tahun gak...tp ju badan berkanun dlu...tahniah dalila APC tu...abaikan lalat2 yang dengki tu...manusia tak pernah senang tgk orang lain punya rezeki...biarkan...alhamdulilah

Siti Yang Menaip said...

tahniaaah tahniah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah