Tuesday, December 15, 2015

Pakaian Dinner Muslimah

Assalam.

Dekat2 nak hujung tahun ni memang selalu sangat dengar ada annual dinner kan?Tak kira la dinner jabatan ke, persatuan ke. Yang lecehnya jadi pompuan ni, mesti seminggu dua jugak nak kena fikir pasal baju. Tu pun, untung jugak seminggu dua, yang sebulan pun ada kan? Betul tak? Tau tak sekarang ni Zalora ada buat SALES besar-besaran? Banyak tau Pakaian Dinner Muslimah yang ada.


Sebelum tu, sket mengenai fesyen. Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Dengan kata yang lebih mudah, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran.
 
Tidak mudah untuk sesuatu trend itu untuk terus kekal diminati bagi tempoh masa yang panjang. Ianya seperti angin bayu yang menghembus, terasa sapaannya namun dalam beberapa ketika ianya lenyap berlalu begitu sahaja. Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden. Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia.


Antara pakaian dinner muslimah yang tengah TOP sekarang ni ialah dress muslimah. Selain mudah digayakan, ia mempunyai rekaan yang lebih moden dan bergaya. Ia merupakan pilihan yang sangat popular terutama dalam kalangan wanita berhijab yang urban.

Jom tengok apa yang ada kat Zalora.

 Nampak trendy kan?

Feminin

Sekarang ni, dress yang ada lace macam ni pun agak popular kan? Special pasal dress ni, wudhu frendly tau. Mesti korang suka!
 Dress rekaan Jovian Mandagie

Senarai ini tidak akan lengkap rasanya tanpa pakaian Muslimah terkini yang paling popular iaitu baju kurung moden. Baju kurung wanita ini mendapat sentuhan rekaan yang lebih glamour dan hasilnya adalah koleksi baju kurung moden terkini yang cukup cantik. Sehingga kini ianya menjadi antara pilihan baju Muslimah yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia.

 Elegent
 MERAH. Sure nampak menyerlah kalau pakai dinner.
 Kurung Moden
 Nampak ayu sangat dengan Blooming Peplum Kurung dari Rizalman Ruzaini ni.

Pening tak nak pilih? Semua cantik2 kan? Bole jugak hadiahkan untuk yang tersayang sebagai hadiah ulangtahun atau harijadi.

Banyak lagi yang menarik!



Menarik kan? Cantik2 pulak tu. Ada diskaun pulak lagi.

Sekian.

Happy Shopping Gaissss!







9 comments:

syawalsimpsons said...

aku suke gamba yg 1st tu..dress maroon tu cantik

zmarl (ibu) said...

yang atas sekali tu cantik..

Wak Lat said...

wahh chanteknya model bodi semua mcm ziana zain tuuhh., ;p

Anum said...

cantik2

Cik Kumbang said...

tergodanya tgk semua design cantik2 :D

Follow sini :)


Jom DIY:
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

Cekgu Norazimah said...

Wah, menarik ni, CN follow sini dari http://www.cekgunorazimah.com/2015/12/end-year-giveaway-by-seindahcerita.html

saly said...

Kak saly paling suka jenis dress yg 1st & 3rd tu..suka pakai tp takla sebody tu.kan rasa ayu jew..hihii

Siti Yang Menaip said...

ehehehe kena selim melim dlu la baru muat nge2..

PinKy MoMMa said...

skrg ni muslimah punya baju dah cantik2 kan..tk mcm dlu..sampai rambang mata nak pilih hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah