Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan
adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian
mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta
pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan
orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan
pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2
yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang
melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang
masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal
dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan
sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam
itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh,
ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
2 comments:
:) tak tekata apa2 sbb sedih baru lps tgok video palestin sobsss
terus teringat mama aku.. bulan pose ni la aku berdoa dapat jumpe die.. tapi takat ni takde lagi.. takpe.. ade rezeki nanti jumpe la kan..
aku pernah rase.. pernah mimpi.. terase mama aku peluk aku time tidur.. tu pon da cukup..
Post a Comment