Thursday, June 25, 2015

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Assalam.

Jom join GA. Hadiah best tau. Klik  banner utk join.

http://azlenaryzalbakar.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

~ Hadiah Utama 
1 pemenang PENGINAPAN PERCUMA 1 MALAM DI BAYOU LAGOON RESORTMELAKA
( Tarikh PENGINAPAN pemenang sendiri tentukan dan hanya penginapan bilik sahaja ditaja )

~ Hadiah ke - 2
Duit Raya RM 50.00
( diberi secara topap handset atau bankin )

~ Hadiah ke - 3
Duit Raya RM 20.00
( diberi secara topap handset atau bankin )
HEBAT kan? Jom join.

Wednesday, June 24, 2015

Baju Melayu Comel dari MyBabyButton

Assalam.

Hai uols. Baju melayu atau baju kurung anak2 dah ready untuk raya? Wahh. Debak sgtt. Puasa baru bape hari kan mama danish darwish ni dok sibuk pasal baju raya. Hahaha. Aku nak promote ni tapi ni bukan entry berbayar ok. Ni sebab beli-puas hati sebab jahitan kemas sgt, so aku share la kat sini.

Memang sebulan sebelum puasa lagi aku dah kelam kabut carik baju raya untuk Danish n Darwish. Risau sebab akak oficemate yang biasa jahit untuk Danish tak terima tempahan baju tahun ni, sebab ada anak kecik. So aku mula la ligat mengoogle, tengok fb, tengok ig. Memang banyaaaakk sekarang kan? Tapi aku terbekenan ngan yang satu ni.

Memula aku tengok gambar ni la, terus berkenan. Rare kan?

Mula nak order size S (masa order tu Darwish baru 3 bulan), so tak dapat nak agak. Pastu sebelum aku bayar tu aku tukar ke size M pulak. Tak sampai sebulan lepas tu baju sampai. Try pakaikan kat Darwish memang sendat. Ketat! Aduhh! Mengamuk jugak dia masa tu. Aku pm balik sis tu tanya tu size apa, bila dia cek balik ghupenye staff die tersalah hantar. Selamat haku! So dia suruh poskan balik, which is dia akan bayar balik duit postage. So alang2 dah nak pulang balik kan, aku pun tanya la kot ada size lain sebab bila tengok balik beza S ngan M takde la banyak. So aku nak tukar size XL.

Yes. XL! Anakku membesar dengan jayanya. Haha. Ye la, masa tu bulan lepas, kiranya ada 2 bulan lagi nak raya. So deal ngan sis tu, aku pulangkan balik (kos pos sendiri) n kena tambah RM5 untuk size XL n bila dia pos yang baru nanti kos pos tu dia yang tanggung. Nahh! Macam2 kan karenah aku? Nasib sis tu baik hati melayan. Hik3. Siyes, lupa nak tanya namanya.

Yeahh..dah sampai.

 Hidden zip. Jahitan kemas sangat.

2 minggu lepas baju sampai. Alhamdulillah ok bila pakaikan kat Darwish. Tapi kaki panjang sket, aku kena alter sket nanti. Kenapa aku beli Darwish punya je? Danish? Mybabybutton tak buat untuk toddler. Sampai 2 tahun je. So abang Danish mama kena cari yang lain. So nak carik yang lebih kurang. Korang tau kat mana2? Kalau ada pliss share ok? TQIA.



Psttt..Mybabybutton pun ada jugak baju n dress untuk gegurl tau. Boleh tengok kat fb page Mybabybutton ok? Ada macam2 design baju melayu. Oh lupa harga Baju Melayu Afeef yang aku beli ni RM60 untuk size XL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah