Wednesday, April 20, 2016

Spec Punya Cerita!

Wordless Wednesday?

Arini ada mood sket, so takyah la nk WW ye?

Nak citer pasal spec.


Spec ni aku beli tak sampai sebulan lagi. Dah jadi macam ni. Nak wat cmana, kesilapan sendiri. Al kisahnya, aku gurau2 ngan Darwish kat kaki katil. Geletek2 dia. Masa tu sempat la bukak spec sebab Darwish selalu geram kat spec. Mesti nak capai. Ok aku bukak letak tepi. Datang pulak si abg berlari kt ktorg, tindih! Gulp! -_-

Tak terkata. Menangis! Tapi takde la sedih sangat. Bila tengok muka dia kesian pulak, padahal salah sendiri. Bila dh ok sket tu aku tanya "Nape abang patahkan spec mama?" "Mama letak kat situ sape suruh" PANGGGG! Terdiam aku! Memang salah sendiri. Nak tergelak pun ada ngan jawapan dia tu. 

Semalam aku dah pegi kedai yang aku wat spec tu. Tanya kot bole repair sebab yang patah kat ensel(bukan skru). Dia kata takleh! Demm. Kena wat baru jugak. Kalau nak, kena carik balik frame yang sama. Takyah bli cermin dah pakai yg tu je. Aku kalau bole tak nak la potong2 cermin sebab ada survey2 jugak, ada yang kata klu potong nnt pening sket. Ni tengah berkira2 nak gam. Wahahaha.  Sepp bajettt yuuu. Kakaka.

Tapi spec ni pun aku beli takde la mahal sebab cermin biasa je. Aku tak biasa pakai cermin yang mahal, nanti mata jadi gatal2. Huhuhu! Aku wat spec ni harga RM180 je. Murahhh tak?Murahhh kan?Semalam tanya, klu tukar frame je dia bagi RM90 (tu pun kalau ada frame yg sama, dia kena tny supplier dulu). Ok la kan?

Kenangan ngan spec lama yang cuma bertahan cuma 2 minggu -_- 


3 comments:

lia ummiirfan said...

murah sangat spek baru ☺️☺️👍

Mila Hilas said...

lebih krg je spek kita...sy pn bru wt spek gak..harga pn lebih krg je.. hehe...

PinKy MoMMa said...

hukhuk kadang2 dlm pada kita teringat nak jg elok2, blh terlupa kan..tak pe Dia nk bg rezeki kt tmpt lain tu..positiveeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah