Wednesday, April 24, 2013

# Wordless Wednesday # Gwiyomi oh Gwiyomi

SALAM uolz..

Sana sini org dok citer pasal gwiyomi. Aii pun xketinggalan. Siap wat ringtone henset. Gwiyomi la sgtt kann? Dah tgk video gwiyomi? Sori. Aku xleh nak upload kt cni. Aritu try jgk nk upload video Danish. Xlepas!

Arini dah kuar video original Gwiyomi Nora Danish. Super Duper Comel. Beberapa ari lepas aku dh tertipu bile bukak utube tgk ade gwiyomi nora. Bile download, tengookk.. Cam haremm. Parody Nora jeh. Wawa Zainal wat pun comel jgk. Ade lg 1 yg comel korg carik kt youtube 'GWIYOMI PALING COMEL DI DUNIA'. Hahaha. Seyess lawak. Rase nak tamparr je! Kehkehkeh.


 Credit : AJ

#Lagu Gwiyomi, atau Kiyomi Song, adalah satu lagu K-pop oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari dan telah dilancarkan pada 18 Februari 2013.

#Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang juga dipanggil Gwiyomi Player dalam rancangan BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012.


#Rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang mencipta tarian tangan comel Gwiyomi. Tarian gestur tangan yang comel Gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan video parodi Gwiyomi yang telah dimuat naik dilaman Youtube ada lebih dari 10,000 video dan sekarang ini tarian tersebut telah popular di beberapa buah negara Asia termasuklah Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan juga Malaysia.
Credit : Azizul Hakim

Tuesday, April 23, 2013

Sekadar Perkongsian | Kisah Sadiss




 Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami
Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingin melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..
Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.
Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.
Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.
Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.
‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’
Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’
Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku. Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.
1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.
‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.
Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..
‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’
‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’
Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.
Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.
‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’
Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.
Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan
‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.
P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Credit pic : Google
Cerita copy paste dr fb ~ xingat nama.

Monday, April 22, 2013

2D 1N @ The Legend Resort, Cherating ~ Part 2

SALAM..

Entry minggu lepas bersambung arini. Bukan ape, aritu aku ade keje nak kene siapkan. Jangan plak kaw kate aku mengade2, "pegi 1 malam pun nak wat smpi 2 entry". Hey, ni kan belog haku. Suke hati akulahh. Hohoho. (dgn suara yg mcm gergasi kelaparan). Kahkahkah. #Khayalan.

Malam tu lepas Maghrib ktorg kuar utk makan malam. Tempat dh survey so senang la sket. Lebih kurang 6km jer dr The Legend. Nama kedai makan tu Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B). Aku dh google seminggu sebelum pegi. Kat ctu yg sedapp+murah+fresh. Malang selalunya memang xberbau. Sampai jer depan kedai - gelap. Kedai tu tutup okehh. Tak tercapai hasrat hati nak makan ketam masak bercili yg femes kt ctu.

*KECEWA*

Last2 ktorg patah balik ke hotel carik tempat makan kt area hotel tu je. Cari punye carik. Mate aku ni nak carik yang ramai org je. Sebab kalau ramai org, mesti la masakan die cedapp. Kan kann kannn? ^.~

   Akhirnya jumpa kedai ni. Ramai org kan? Mesti cedap. Jomm!

Hasrat nak makan ketam x terbantut lg. Tengok kt kaunter seafood ketam ade sekor je. Ikan yang byk sotong, udang, kerang xde langsung. Papa ckp nak makan ikan. Pulakk. Terpaksalahh mama beralah. Hahaha. Tapiii last2 papa pilih ketam balik. Hahahaha. Berjaya! Lps dah order makanan tengok meja keliling ktorg pun ramai yg xdapat lg. Huh! Sampai ade yg bising2. Rupenye dorg datang 1 bas. Patut la penuh restoran. Service pun jadik lambat la bile dh ramai mcm tu. Ktorg sian kt Danish takut die lapar. Papa mintak nasik ngan sup kosong dulu utk Danish makan.

 Bile dah makan hati pun senang. Lepas sejam tunggu baru makanan ktorg plak sampai. Aku ingatkan dh bg makan dh puas la dia makan. Masa ktorg makan pun dia sibuk nak makan lg. Haishhh.. banyak pulak makan malam ni.

Ketam Masak Bercili. Seyess sedapp.

 Daging Masak Merah. Sedap jgk.

Sup Ekor menu papa. Bolehh la..

Telur Bungkus.

Korg rase brape RM utk makan malam tu? Aku xtau nak ckp ok ke x harga tu. Untuk menu ktorg malam tu plus air fresh orange ngan air laici total sume RM55. Makan kat ctu aku bole bg rating 4 bintang. Kalau korg nk gi bole la. Nama restoran ni Sri Pelabuhan 'Pak Su Seafood'. Kalau dari The Legend ke Kemaman restoran belah kiri.


Esoknye ktorg makan kt luar. Xamik pakage buffet bfast skali. Lagi best makan kt luar. Pepagi tu ktorg gerak gi Kemaman blk nk mkn kt sana, nk bli kopok leko n sata utk bwk balik bg buah tgn kt family. Carik kedai makan pagi tu punyelah payah. Banyak yg tutup. Kemaman cuti umum setiap Isnin ke? Ngee. Puas carik xde ktorg bli kopok rebus n sata dulu.


Model jual kopok lekor. Hehh.

 Lepas bli tu baru nmpk kedai makan.

 Makan nasik lemak lagi pg tu. Sedapp tp agak mahal sket. 1 nasik lemak ayam, 1 nasik lemak telor mata n 1 nasik lemak kosong utk Danish. Teh tarik n nescafe tarik. Total RM 14.50. Korg rase??


Danish xbrapa nak makan sgt pg tu. Agaknye sebab malam td dh puas makan kot. Lepas makan ktorg teruskan perjalanan ke Turtle Sanctuary. Semangat dah ni. Skali sampai depan pagar-kunci!. Tutup okehh.

*KECEWA kali ke 2*

Baru ingat nak tunjuk kt Danish turtle. Tapiii hampa. Ciss. Terpaksalah balik hotel dengan muka pasrah! Sampai blk turun plak mandi swimming pool. Kali ni mama join skali. Ape nk jadi, jadiklahh. Hahaha. Dah puas mandi trs siap2 blk. Xnak lambat sbb takut clashed ngan org blk keje kt MRRII. Sebelum balik bergambar kenangan depan main entrance hotel.




# Dalam bilik air hotel xde bathtub. Sian Danish.
# Lepas balik, google blk Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B). Latest entry dr sorg blogger (xingt nama) ckp makan kt sana xsdp macam dulu. Lucky WE!
# Makan malam kt Sri Pelabuhan-service lembap sebab yg dtg 1 bas. May b klu xde bas bole dimaafkan.
# Turtle Sanctuary tutup setiap Isnin. Info dr web site:
Tuesdays to Sundays : 9am to 1pm, 2pm to 5:30pm
(The lunch break is from 1pm to 2pm. The centre is closed on Mondays.)
Fridays: 9am to 12:00pm, 3pm to 5:30pm
(The centre is closed from 12pm to 3pm for Friday prayer)

# Our nxt destination is Colmar, Bukit Tinggi. Hahaha ~dreaming~  

Bye all. Thanks for reading.

Thursday, April 18, 2013

2D 1N @ The Legend Resort, Cherating ~ Part 1

SALAM uolz..

Cepat btl minggu ni berlalu. Bile dh ujung2 minggu ni, mood nak menaip mula la lemau. Kali ni aku nk up entry pasal percutian ktorg kat Cherating Ahad lepas. Acelli percutian kali ni sempena besday papa. Kire tahun ni hadiah 'Percutian' je lahh yer pa.. ;p Xder note 2 nye. Note 1 pun xabis explore lagik. Kekeke.

Ktorg pegi 1 malam je. Letih memang letih la. Memula ingat nak bertolak Sabtu, tido Kuantan 1 malam, esok br turun Cherating. Last2 cancel sbb tghari Sabtu tu ade kenduri n ptg baru selesai. Nak pegi mcm dh penat+rugi dok hotel. Sebenarnya maksu papa ade je kt Kuantan tp ktorg xnak la susahkan dia. 

Pagi Ahad ktorg gerak dr umah mak pukul 7 lebih lepas isi perut dgn jayanya! Cume singgah hentian Kuantan kejap n sambung perjalanan balik. Masuk je Kuantan sepanjang jalan ujan. Dalam ati memang risau. Kalau la ujan sepanjang hari, memang rosak la plan. Sampai kt umah asu lebih kurang 10 lebih. Isik perut lagi dgn Nasi Lemak Powerr yg asu buat. Dalam 12 lebih kotg gerak ke Cherating. Xjauh pun dr umah asu. Xsampai setgh jam. Survey hotel dulu tp x check in pun. Survey tempat nak makan malam kang. Carik jalan masuk ke Turtle Sanctuary. Sume ni dalam kepala otak. Nak gi situ. Nak gi sini. Last2.... ermmm korg tunggu je la aku citer smpi abis. ;'(

Then ktorg ke Kemaman carik Keropok Lekor n Sata utk ngunyah2 kt bilik nanti. Xsusah nak carik. Kt tepi jalan mmg byk gerai yg jual. Korg bole pilih mn yg korg suke. Aku rase same je kot. Yang pasti rasanya memang xsame ngan yg kat cni. Percaya lahh. Ngeee.

 Xcaya tanya si kecik ni. Dia yg makan paling byk. Hahaha.

Otw balik ke hotel ktorg singgah bli kopok lekor kering plak. Nampak plak kedai yg jual bantal2 turtle. Ingat nak blikan Danish tp die lebih berminat dgn bantal Angry Bird. Haii la anakk. Mama tunjuk Boboiboy ngan Angry Bird suruh pilih. Tetap jgk pilih Angry Bird! Hai la angry bird apelah yg ko dah mandremm ngan anak aku. Hahaha.

 Meriah kann.. Mane la si kecik tu x berkenan.


Sampai hotel kul 2 trs check in. Macam biase, masuk bilik susun beg amik gambar sana sini.
Miahahah..

Comeii je kan bilik ktorg. Seaview lagikk. Kelass kaw jahh!

K.A.M.I

 Si kecik ni memang pantang jumpe pensil/pen ade je bende nak tulis. Iye2 je pegang pencil dah la terbalik. Wat malu mama je dikk. Kakaka.


Alhamdulillah dalam kul 3 cmtu ujan brenti.


Si kecik ngan si papa dah get ready nak terjun swimming pool. Mama je yg xbole nk join. *Sigh*


Mama siap bawak 'bekal' utk kunyah2 tepi pool. Yehhhuu.


Siyookk je tgk 2 beranak ni mandi. Mama jeless! Terus gi pantai amik gambar.

Cantik kawasan hotel ni. Kolam je ade 3 bahagian. Lebih kurang sejam mandi ujan plak turun.


Cecepat bwk si kecik ni lari naik atas.

Petang tu turun balik nak kuar jenjalan tgk pantai. Singgah la Pantai Cherating tapi xdapat turun sebab Danish tido. Papa je turun sorg.

Entry bersambung ke part 2..

Wednesday, April 17, 2013

# Wordless Wednesday # Ayam Panggang Rosemary

SALAM..

Entry ke 2 utk arini. Huhu. Sempat lg wlupun jam dah pukul 4 ptg. Xpe. Ade mase setgh jam lg nk balik. Gambar ni aku amik mase 1st time buat. Baru2 ni ade buat lg. Time tu baru la teringat yg gambar xmasukkan lg. Kenapa kene masukkan?? Bukan nak menunjuk ke hape.. Aku ni cepatt bebenorr lupenye. Nanti kalo nak wat lg skali mule la tercarik2 blk resepi pastu baru la terhegeh2 call mak tanye itu-ini. Huhu. Itu lah AKU! Haha. Haa..lupe plak, kalu masakan ala2 moden, ala2 barat tanye la akak aku. Die terrerr. Mesti die bace sambil kembang semangkok skang ni. Hahaha.


Resepi ni aku amik dari blog Dapur Mamasya. Sedapp okehh. Naik lif tekan sendiri. Haha.

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...

Happy Birthday Papa Danish

SALAM uolz..


Alhamdulillah. Arini genap la 27 tahun usia Papa Danish. Gambar atas ni gambar malam td. Sempat la wat surprise kt papa sebelum Danish tido. Aku bli 1 slice kek je utk kami ber 3. Sedapp. Kek baru dr SR-Turkish Indulgence.

Papa, semoga dgn bertambahnya setahun lg usia, papa dikurniakan iman yg sempurna, akhlak yg terpuji, pekerti yg mulia, umur yg bermanfaat, rezeki yg halal, ilmu yg berguna, hidup yg dirahmati dunia dan akhirat & sentiasa mendapat redha dariNya.

Somebody up there LOVES you
Somebody down here CARES for you
 Yeahh.. it's ME n our little PRINCE
Happy Birthday LOVE!!!
 
 ~WE are always there for you~
~Thanks for lending me ur shoulder to cry~
~Semoga bahagia milik kita berdua~
..AMIN..

Friday, April 12, 2013

Cerita Hujung Minggu

SALAM..

Alhamdulillah. Kembali bersiaran semula. Semalam full day (opis hour je) kt Seremban. Den dah jaie owang Somban yo. Hihi. Rabu sesi taklimat kt ofis Seremban je. Khamis keje luar kt sekitar Seremban.

Time lunch arini panjang sket. Dapat la regang2 kan otot sket. Kekeke. Asik duduk je dr pg tadi. Mak cik dah tuoo. Rasenye wat keje luar ngan dok opis, dok opis lg letih kot. Best jgk wat keje luar semalam. Ktorg redah estet, bandar, kg. Patutnye sambung lg arini, tp disebabkan mase keje pendek, postponed ke Isnin depan. Isnin depan aku cuti. Gi obersi. Hihi. Xde lahh. Gi Cherating je. So lunch ni nak hasilkan beberapa entry. Ceewwwaaahh.

Macam yg aku janjikan kt besday gurl, nk hadiahkan die botol air barbie. So Sabtu lepas we all sempat la ke Mid Valley jap. Ktorg memang jarang gi sane wlupun dekat je dr umah mak. Klu gi pun, gi dr umah mak n gerak awal utk mengelakkan jammed. Papa stress kalo jem2 ni. Sebab tu we all slalu gi tempat yg dekat n cepat jerr. Pilihan terbaek adalah Alamanda. Haha.

Ktorg gi dh petang lepas Zohor. Memula ingtkan nk gi tempat lain. Siann plak tgk die (besday gurl) dh siap2 n excited nk gi. Last, gi la jgk. Kalo dh petang, memang jammed laa. Perjalanan yg biasenye amik masa xsampai 10minit dh jd lebih setgh jam. Ape kess?? Aku lupe masa tu ade Maternity & Children Expo. Memang HARUS la pegi-balik jem. Haaiihhh. Wrong time lahh. Aku memang x planned pun nk gi expo tu sebab ade yg kate kali ni xmeriah sgt sebab bukak 1 hall je.

Sampai je melilau la carik parking. Dah dapat, melilau plak carik entrance. Bulehh? Haha. Aku memang xbiasa kt sana. Confused! First, trs gi Barbie. Dari dlm kete lg mak nenek dh bising ckp die nak pilih sendiri. Kalo aku yg pilih nnt xsama ngan taste die. Ok, fine kakak!

Ni haa utk besday gurl..

Next, carik tempat game plak. Nak tunaikan hasrat hati yg sorg lg pulak. Yelah. Aku ade 2 anak buah yg dah pandaii mintak mcm2. Nasib baik yg lg 2 xreti cakap lg. Kalo x fengsann la aunty. Hahahha. Disebabkan ktorg dh sampai kt NorthCourt, dah malas nk patah blk ke SouthCourt (aku pun xpasti game kt ctu ade lg ke idak. kalo ade pun msti crowded) ktorg gi game kt dlm Jusco je.

Paling kiri ialah org yg berhajat nk main game yg kanan si besday gurl n yg dlm stroller Si Danish yg bukan main suke kalo org bwk gi jln =)

Game ni yg jadik pilihan. Ok la. Terrer jgk die main. Aku pulak dr dulu kalo main mst kuar dari track. Hahaha.

 Yang kakak pulak sibuk nak main ni. Tp hampehh. Dalam 20, xsampai 5 yg masuk kott. Huhu

 Papa pulak main ni. Mama pun join skali. Terrer jgk mamanye. Mihahahaha.

Pastu main ni plak.

 Last yg ni..MARIOkart. Ktorg dh xlarat nak tunggu. Bawak Danish n kakak pusing2 dlm tu.

 Sume kete dlm tu dorg naik tp xmsk coin pun. Duduk2 je. Si kecik tu suke laa. Lepas tu ktorg turun bwh gi c4 beli barang sket n balik.

Panjannggg pulak entry kali ni. Sori kalo korg bosan. Hehe. Tapi kan, best tau bwk bebudak jln2 ni. Tgk dorg hepi je kite pun hepi. Kan kann kannn?

Suke tgk gambar Danish yg ni. Bukan main suke lg. Iye2 je duduk dlm kete tu mcm la jalan bebetul. Haha ;)

Wednesday, April 10, 2013

#Wordless Wednesday#

SALAM..

Arini kann...kite kene wat kejer luar. Sedih tau. Lame dh xwat keje luar sejak pindah HQ ni. Hihi. Sedih la sangatt. Kali ni kene gi N9. Mcm best la jgk gi jauh sket. Sbb sebelum ni wat keje luar pun kt Putrajaya jerr. Tapi gi blk ari je.

Banyak bende plak nk tulis. Aku baru masuk keje arini. Danish demam+ade tonsil. Siannn. Nyusu pun xnak. Makan apetahh lagi. Esok la aku citer.

Sebelum kuar, aku tepekkan gambar si budak yang demam. 

 * Sowiee gambar agak sepsi. Danish demam kann. Terpaksa tanggalkan baju senang nak lap2. Lagipun tonsil tu wat air liur meleleh sampai basah2 baju.

Friday, April 5, 2013

Money Missing..

SALAM..

*google*

Huaarrgghh..sedihnye. Puas dah carik tp xjumpe. Kalau tercicir memang haru la. Wlupun duit yg ilang xbyk mcm gambar kt atas tp kesannye amat terasa. ;'(

Danish skang mmg suke main purse aku bile dlm kete. Die akan kuarkan sume duit n buang ke bwh 1 per 1. Aku jgk yg kene kutip balik. Kad2 pun ditariknye 1-1. Nak marah?? Xlarat dah. Die mmg cepat bosan kalau dlm kete.

Nak dijadikan citer malam kelmarin ktorg kuar mkn kt luar. Sampai pam minyak papa isik minyak. Yang Danish plak sibuk nangis nak ikut. Utk elakkan nangis die lebih teruk aku dgn rela hati bg la die main purse aku. Tapi time tu aku cecepat kuarkan sume duit yg ade sbb tau die akan kuarkan n buang campak ke bawah. Aku ingat, aku ade amik. Aku rase macam simpan dalam poket suar. Tapi pg td cari, HAMPA. Semalam masa bfast ngan papa ms nk byr tetibe tgk duit xde. Pengsan. Kene la tggu papa dtg, byrkan. 

Ya Allah.. Mn la pegi duit tu. Ade sesape yg jumpe? Kalo ade yg jumpe, tlg pulangkan. Huhu. Aku xtau nk carik kt mn dh. Bwh seat kete pun dh carik pg td, kot cicir kt ctu. Tapi HAMPA kali ke-2. Xde. RM100++ wooo. Macam2 kott bole beli ngan duit tu. Huaarrgghhh. <sambung nanges balik>

Tuesday, April 2, 2013

Celebrate Birthday Nazurah @ Chop n Steak Sri Kembangan

SALAM..

Sabtu lps kami sefamily celebrate besday kakak Nazurah kt Chop n Steak Sri Kembangan. Ade aku citerkan di sini. Tapi silap, aku ingatkan tu Serdang rupanye Sri Kembangan. Mcm tahun lepas kami celebrate kt sini. Sama je. Bawah 1 bumbung. Macam kt kg baru tu tema restoran die KAPAL. Kt Sri Kembangan ni mcm ala-ala klasik gitu. Ala2 koboi pun ade jgk. Menu same je kt 2-2 tempat. Rasenye kt cni ok lg kot cz kt kg baru tu mcm crowded sket. Ok la... mcm biasa ibu abah besday gurl yg blanje. Time ni la nk try makanan yg mahal+pelik. Xdelahh rugi. Tq kakak n abg ipar. Hahaha. -.-

 *google*

Meja utk ktorg. Dr ujung cni smpi ujung sana ktorg je. 

See.. utk 16pax u know.. -.~

'Kawan Baik'

My sweet heart

Siap pegang2 tangannn


xsampaii 5 minit duduk dh jadik mcm ni

.

.

.

Sorg dh selesa atas meja, sorg dh pusing ke belakang. Haihh budak2 nihh..

Naufal sirambut pacak.

Menu Western tp ade jgk menu2 lain mcm nasik goreng, mee goreng etc. Tapi xbest la kan klu dah smpi cni nk mkn plak mcm tu. Bukan xbole tp kt cni western la yg speselnye. Hehe

Kalo ikutkan ati, nk je order mende ni. Org blanje kann. Haha

Masing2 tgh pkir nk mkn ape.

Mak yang n Nadia

Sementara tunggu makanan smpi.. kite amik gmbr dulu



Sian besday gurl. Nampak separuh je.




Mix Steak - lamb & beef

Sizzling Steak

Mix Lamb - chicken & lamb

Sume dh makan tp aku punye xdpt2 lg.



Akhirnya smpi jgk.. Yehhaa

Chicken Golden Blue

Dalam ade cheese. Sedappp.

Sambil mama2 menjamu selera bapak2 tlg tgkkan anak2. So suwwiittt.

Kek DORA request dr si mulut becok besday gurl.

Siti Nazurah are turning 4



Akupun dh confiuse besday sape sebenarnye ni. Hihh


Separuh jgk la kek abis. Separuh lg bwk blk. Dalam 9.45 ktorg berundur cz anak masing2 dh ngantok nk tdo. Aku, papa n Danish trs blk umah.

# Happy Birthday Siti Nazurah #
# be a gud gurl ok #



* Maaf entry sarat dgn gambar & kualiti gambar kureng jelas sbb restoran tu mmg malap2. Ala-ala romantik. Hheee.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah