Friday, July 18, 2014

Mini Giveaway #27

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2014/07/mini-giveaway-27.html
Klik banner untuk join ok? Jom ramai2. Kakak Intan Berlian nak bagi duit raya kat 20 orang anak2 umur antara 0 ke 12 tahun.

Nama anak : Adam Danish B Ikhwan
Umur : 2 tahun 6 bulan





Thursday, July 17, 2014

Iftar ke-18

Salam.

Alhamdulillah.

Masih di beri ruang dan peluang untuk bernafas di Ramadhan yang ke 19 untuk arini. In sha Allah. Korang penah tak rasa macammm---"Eh..nak masak ape ye arini?" Hurmm.. situasi biasa bagi isteri2 yg bekerja. Macam aku kadang2 gugel je. Tapiii payah jgk gugel2 time2 peknen ni. Kang sume nak! Sume teringin! Haihhh  (-_-)

Tengok gambar2 iftar korang pun, dh meleleh ailio aku *lapairmata*. Semalam aku tak tau sgtt nak masak apa. Balik keje dah nak sampai umah baru terpikir terus singgah kedai bli pape yang tak cukup. Balik solat terus berperang kat dapur. Hasilnya, siap masak kul 7 suku camtu. (-_-)"


Paprik Udang+Sotong
Tak tau nak masak apa dah. Ulang balik menu 1st Ramadhan :)

Sotong Bakar
1st time buat. Pemanggang ajaib tak de, pakai non stick pan sajoo.

Karipap Roti Inti Telur
Tapi karipap ni buat 4 ketul je. Sorang 2 ketul. Puasa kann, jgn tamak2 kang tak termakan pulak. Ni dah ada roti lebih, menu seterusnya (yang ntah bila, tak tau lagi), Puding Roti Mable. Nantikan ok? *bajettt*

Korang masak ape? Idea pelissssss.


Wednesday, July 9, 2014

Suis Tutup Tangisan Bayi


Sebelum ini, kita pernah membincangkan tentang kolik iaitu bayi sihat dengan episod tangisan berpanjangan yang memenuhi ciri-ciri: mula banyak menangis seawal usia tiga minggu, tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan. Bayi bukan kolik juga sebenarnya berpotensi menangis berpanjangan dan sukar ditenteramkan  dalam beberapa kejadian kecil terutamanya pada tiga bulan pertama. Kenapa? Kerana bayi sangat mudah merasa “overstimulate” (letih) dengan  semua perkara yang berlaku disekelilingnya merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual  rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana serta orang asing.
Cara untuk mententeramkannya? Cuddle Cure! Ia adalah kombinasi 5S(The 5S’s technique) kerana kesemua teknik ini bermula dengan abjad ‘S’. 5S ‘meniru’ kesemua sensasi yang disediakan rahim untuk bayi selama sembilan bulan. Sensasi-sensasi inilah yang dibuktikan mengekalkan fetus bertenang selama di dalam rahim atau jika tidak, dapatkah anda bayangkan jika fetus ‘mengamuk’ ketika di dalam rahim?
 
Cuddle cure merangkumi kombinasi:
1.       Swaddle; membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.
 
2.       Side/Stomach Position; memegang bayi secara mengiring atau diperutnya. Ia juga di panggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.
 
3.       Ssshing; membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan serta buka tutup injap jantung ibu, bunyi proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta bunyi dari luar rahim yang hampir tidak ditapis sebelum menerobos masuk ke dalam rahim. Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!
 
4.       Swing; menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih di dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
 
5.       Sucking; membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih.
Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi, dalam masa yang amat singkat! Kerana itu ia digelar suis tutup tangisan bayi. Namun, ia perlukan tunjuk ajar dan tidak akan sempurna melalui pembacaan semata. Maka, selain itu cubalah beberapa alternatif mententeramkan bayi di bawah;
 
1.       Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu mententeramkan.
 
2.       Urut; berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.
 
3.       Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.
 
4.       Mandikan dengan air suam;tak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak lavender sebelum mendodoi bayi untuk tidur. Selamat mencuba!

Sumber : pama.karangkraf.com

Tuesday, July 8, 2014

Iftar ke-9

SALAM!!

Haiii korangggg. Rindunye!! Rinduuu..rinduuu! Hak3. Aku xkemana pun slama ni. Cuma mood nak update ke Lautan Hindi (ewahh..ewahh). Alhamdulillah. Harini dah hari ke 10 kita berpuasa. Selamat ni aku dok telan ailio je tgk menu berbuka korang. Arini aku pulak nak tayang. Hahaha (gelak jahat). Bukan nak mengurangkan pahala puasa, cuma nak bg idea kt korang2 (bak kata Zaza). Sama2 la kita bertukar resepi ye. Ni menu iftar semalam.

 Ikan Keli Berlada



 Kangkung Goreng Belacan



 Ayam Goreng (perap 15mnt dgn garam+kunyit+cili blend+tepung jagung)

 Bubur Lambuk yg superb ni dari kawan baik saya--- fifi!! Macam tau2 pulak aku memang tengah mengidam nak makan bubur lambuk ni. Sedap yang amatt pulak tuu. Danish makan sampai 3 pinggan kaw!

Air anggur ni je dr air tgn papa. Memang superb jgk! Tak kedekut gula langsung. Kekeke.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah