Sunday, June 30, 2013

Hati Berbunga

SALAM uolz..



Wahh. kelass kaww..Mule2 dah tayang gambar. Hikhik. Alhamdulillah. Akhirnya dapat jgk beli. Wlupun hand mixer. Xpe la. Sambil2 tu bole wat senaman tangan ;')

Memang dr aritu nak bli. Bole la jgk guna ms bln pose ni. Xdapat byk, 2-3 jenis kuih raya pun ok hape. Mixer yg aku gune sebelum ni dah meletop. Tu mixer turun temurun tau. Mak aku punye. Aku amik pakai, ok lg. Tapiii bile dapat kt akak aku abis MELETOPP. Aduss. 

Ms jenjalan kt alamanda tadi kebetulan tgk c4 ade wat promo barangan PHILIPS kt dpn mcD. Memula tgk je bile kire2 harga pun ok RM69. Tolak 5% lagi (arini c4 wat promotion sume barangan ade diskaun 5%). Dapat la RM65++. Ok la kot. Aku siap dapat free gift ni..




Yang kanan tu coolerbag n yg kiri tu 2 pcs of tupperware yg macam Lock n Lock tu. Berguna jgk. Lepas wat biskut raya bole simpan dlm tu. Cooler bag tu pun bsr. Kalau aku pam lg susu Danish bole jgk simpan dlm tu. Xpe la. Bole simpan utk adik2 Danish ;')

Ok la. Entry pendek utk menyatakan kegembiraan. Ngee. So kalo sape2 nk order kuih raya tu bole la btau yer. Hihi. Last skali tgh sibuk2 amik gambar ade jgk org yg sibuk dok menjahana*kan aku punye mixer baru. Adikkk...mama belum rasmikan lg die dah bole ketuk2 plak. Haiihhhh...




Aiiyooo.. ini budak kann. Kasi gigit kang baru taw!

Harap2 dgn adanya sume ni dapat la membantu aku wat biskut raya utk tahun ni. Ngee. Kat sini jgk aku nak mohon jasa baik korang yg tau mn2 blog yg ade resepi biskut raya yg sedapp yg korg penah try buat/makan/beli. Yang buat tu mesti la nak yg senang,sedapp n 'menjadi'. Hihi. Banyak pulak songeh aku kan. Plss letakkan kt ruangan komen. TQ Darlingss. ;')


Monday, June 24, 2013

Jerebu oh Jerebu..

SALAM uolz..



Sesak napas bile kuar kejap td. Putrajaya dh dilanda jerebu yg tebal. Bacaan IPU kt cni dah 150++. Dalam opis pun dah bole bau asap. Ape kes?? Kat cni aku nak share sedikit info yg dpt dr fb.

(Mesej dr Pengarah Kesihatan Malaysia)

Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.

ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.

v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap

vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
Director General Of Health Malaysia.


Take care uolz.. Bye~

Monday, June 17, 2013

Hai uolzzz..Salam Isnin..

SALAM..

Arini ke udara dr Corus Paradise Resort, Port Dickson. Wahh kelass kaww jahh. Hahaha. Lamenye xberblog. Sunyi sepi blog ni. Terumbang ambing mcm xde pemilik. Ngee. Bole? Haha. Aku teramat2 bz skang ni. Wat keje xde dah ngan selingan2 BW atau berFB. Tapiii masih sempat berCandy Crush. Hahahaha. Tapii tu hanya selingan ketika strees wat keje. Penah jgk la seharian xmenjenguk Candy Crush. Sori pd kwn2 yg mintak nyawa, mintak tiket utk unlock level. Aii xmenang tgn. Heee. Pou jgn ckp la. Memang dh xbejaga. Makan x, mandi x, tdo x, basuh berak apetahh lagik. Sian kau pou. Sori la. Makk bz skang ni. Kekeke.

Skang ni aku kt PD menghadiri 1 taklimat. Sikecik tu pun aku bwk skali. Dia kan handbag aku. Mn bole tinggaii. Ktorg dok kt apartment sebelah corus ni je. Ok la. Murah pun murah. Nanti aku up entry psl tu.

Aku tgh dlm dewan ni. Bos kt depan dh jeling2 tgk aii dok 'tet tett'. X bosss...aiii xmain game. Aii update blog je. Ngee. Ok la bye. 

Sebelum tu nak tepek gmbr sikecik kt balcony apartment. Peace yaww.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah