Showing posts with label Perkembangan Danish. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Danish. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Adam Danish : Majlis Graduasi & Konsert Tahunan Si Comel 2016

Salam

26 November 2016
2.00 ptg - 5.00 petang
Dewan Serbaguna Wisma Tani (MOA)

Alhamdulillah. All went very well even papa D takde masa majlis berlansung. Papa D terpaksa bergegas ke JB sebab Pak Teh (adik kepada ayah papa D) meninggal. Aku terpaksa bawa Danish sebab kesian kat dia. Dah berapa hari rehearsal (Selasa-Jumaat), and Danish dah excited sangat nak pegi. Bila mama kata, "abang tak yah la pegi ye?". "Alaaaa..abang nak pegi". Terus lembut hati mama. Aku bukan apa, takut sangat takleh nak handle yang kecik tu. Ikut perancangan awal, aku n papa D nak pegi n tinggalkan Darwish kat rumah MIL, sebab takut nanti sampai time 'meragam' dia taknak dok diam, tak dapat pulak nak concerntrate kt persembahan Danish.

Ni muka redho bila kena pakai seluar tight ;(

Mama dah agak, n mama risauuuu sangat bila teacher bg seluar ni utk pakai masa hari konsert. Mama tau Danish memang tak nak pakai seluar macam ni. Lepas siap2kan dua beradik ni, mama pulak siap2 n solat. Tengok dua2 dah lena kat depan. Bila nak keluar, kejutkan Danish terus menangis taknak pakai. Mama pujuk2, puas jugak. Sampai masuk lif, dalam kereta, kena cakap baik2. Sebab teacher memang suruh pakai siap2 dari rumah. Siap tunjuk lagi baju stand by, "Lepas abang menari tukar terus baju ni" Okeyy. *mama urut dada*

 Masa ni mama doa sangat adik tak banyak ragam.


Alhamdulillah selamat sampai dewan. Walaupun terpaksa gunakan waze. Hakhakhak. Ahkak nebesss tau! Ahkak takut lambat sampai kat dewan n ahkak taktau nak park kereta kat mana. Sana sini merata tau ahkak whatsapp kawan2 tanya mana nak park. Bila sorang kawan ahkak bagitau ada 2 blok moa, ok..ni buat ahkak lagi nebesss. Solution terbaik, waze! Hahaha. Tapi waze jahat sket! Dia bawak ahkak jalan jauh. Nasib baik ahkak tau jugak jalan. Sampai kat blok tu, anak sulung ahkak bagitau "Sini la mama". Okeyyyy. Nape tak bagitau mama awal2 abang tau! Grrrrrrr! Next time kena survey dulu tempat awal2 so bila jadi macam ni, takde la kelam kabut.

Untuk sesi petang ni taska yang terlibat Si Comel KETTHA, Si Comel Motac, Si Comel KPK n Si Comel KKMM. Ni kalau tak silap la. Kalau salah nanti iols update balik. Handphone tinggal kat rumah pulak arini. Sobs :(

 Cerita pasal anak yang sorang ni, mula2 je buat hal sikit. Budak2 memang tak boleh nak duduk satu tempat tu lama2. Dia mula bosan. Salah mama kot, awal2 dah keluarkan dari stroller, pastu Darwish tarik tangan ajak kuar. Siap jerit cakap "Jommmmmm". Timu tu tak mula lagi, so bole la mama layankan. Bawak keluar jalan2 kat luar. Nasib baik bila majlis nak start Darwish behave sangat.

 My unlucky number. Hahaha!

Ni masa nyanyi lagu Negaraku. Dari kejauhan mama nampak anak mama duduk depan skali ngan teacher. Sebelum tu perarakan masuk VIP diiringi pelajar cemerlang dari 3 cawangan Si Comel.

Lepas perasmian n tayangan video aktiviti taska sepanjang 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Acara penyampian hadiah untuk pelajar cemerlang.

Ehemmm..dah tak sabar2 nak naik pentas tu.

Alhamdulillah..Danish terpilih sebagai pelajar cemerlang Si Comel KETTHA.

Untuk sesi petang ni, setiap cawangan taska ada 2 orang pelajar terbaik (sorang lelaki, sorang perempuan) untuk Playschool n Toddler. Means, setiap taska ada 4 orang la pelajar yang dapat hadiah.

 Toddler & Playschool yang dapat anugerah pelajar cemerlang bagi Taska Si Comel KETTHA.

 Danish ujung sekali paling kanan. Mama tak dapat nak amik gambar dekat2 sebab Parents Photo Area memang jauh dari pentas. Mama ni dah la pakai handphone cap hayam je. So gambar memang tak clear. Sobs :(((((

Persembahan pertama Danish. Danish berdiri depan sekali. Sebelah kanan tangga depan stage. Gambar goyang sikit sebab excited buat persembahan. Mama memang tak amik banyak gambar sebab mama banyak amik video. 

Persembahan kedua, Danish depan tangga stage. Yang duduk tinggi sikit tu. Nampak dahi sikit =)))

Persembahan terakhir dr semua pelajar lagu Jumblo Happy! Memang meriah sangat.

 Good job abang Danish! Teruskan kecemerlangan abang. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang! 

Siap ada badut.

 Adik Darwish pun nak jugak!! Haha

 Abang Danish & adik Darwish


Mama sayanggggg abang! 

 Danish ngan teachers Si Comel KETTHA

 Dengan kawan baik, Thaqif Ridha. Tahun depan dua2 dah takde kat taska tu. Tak tau bila dapat jumpa lagi. 

 Sijil Kecemerlangan Adam Danish
 
Habuan untuk Danish. Hihi.

Semoga abang Danish terus cemerlang dunia akhirat. Mama sentiasa doakan abang. Mama sayanggggg abang sangat3. Semoga abang jadi anak yang soleh, yang menyenangkan hati mama n papa!










 
 



Tuesday, November 22, 2016

Pencapaian Akademik Adam Danish

*Ni cerita awal bulan haritu*

14 Oktober 2016-Hari Bicara Akademik 2016

Masuk tahun ni dah 3 tahun Danish kat Taska Si Comel Cerdik (dari umur 5 bulan-pengurusan taska lama). Tahun ni tahun akhir Danish kat sana. Tahun terakhir jugak Danish exam kat sana. Hari ni, kena amik report card utk exam akhir tahun.

Muka nebess mak nak amik reportcard anak :/

 Alhamdulillah..bersyukur sgt. Walaupun selalu kena marah, tapi Danish tak pernah mengecewakan *sobs*

Danish dapat no 2 dalam kelas. Teacher kata ada 5 orang dapat no 1 dalam kelas (MasyaAllah, pandai2nya budak sekarang), Danish salah sorangnya. So teacher bagi student yang dapat no 1 dr exam awal tahun aritu utk dapat no 1 lg, Danish jadi no 2. Bukan no yang jadi taruhan, asalkan anak mama berjaya dunia akhirat, jadi anak yang taat perintah Allah, berakhlak mulia n suka tolong orang. Tu dah buat mama happy. Luv u deep2 syg!

#futuremessageforadamdanish

Sekian.



*Entry ni ditulis bukan utk riak, bukan jgk utk menunjuk2 tapi utk pahat kenangan anak2 bila dah besar nanti*

Thursday, February 4, 2016

Birthday Treats for Danish

2 January 2016
Genap umur Danish 4 tahun. Takde besday party kat taska, takde vacation. On that day ktorg bawak dia jalan2 je. Sementara ada masa ni jom la aku citer sikit.

 Dah ready utk ikut ktorg jalan2? Hiks.
Dah besar anak bujang mama. Sobs!
 Front counter REKA ZONE @ ioi Mall Puchong

Bayaran masuk, bole jugak kalau nak buat besday party anak kat sini. 

 business operation

 Kat dalam ni DIWAJIBKAN utk pakai stokin, so sila bawa dr rumah kalau taknak beli :')

Dalam Reka Zone ni ada banyak section yang sesuai utk bdk2 ikut peringkat umur dorang.

 Masuk je, akan jumpa playland ni. Besar! Tapi ni Danish tak layan pun sebab dah biasa main. Hihi.


Bagus kat sini. Sume selamat untuk dimain. Tangga2 pun pun sume berlapik ngan alas lembut tu, so kalau jatuh ke ape (mintak di jauhkan), takde la sakit.

 Masuk je terus ke cni dulu. Gedebushhh..masuk dalam bola2 tu.

Section ni paling besar+best kot. Ada macam2. Danish pun lama main kat cni.

 Ni antara yang ada dalam tu.


 Sementara tunggu abang main, adik main kat section babies.

Sini pun best.

Darwish pun join abang jgk.

 Gym area. Tengook tu si kenit tu. Tak padan ngan kecik. Hiks!

 Antara yang sempat Danish main.

Hah..hamek! Mak siap berlunjur tunggu anak main. Haha

Darwish pun seronok jgk. Asik main kuda ni je. Oh ya..masa ni tak pandai jalan lg, so takyah pakai stokin n takyah bayar. Untung kaw!

 Section ni kalau nk buat besday party (i guess). Sebab blkg playland tu ada tulis 'Happy Birthday' so kalau nak buat party dorang akan tutup la kot section cni.

Climbing wall ni pun hade. Tapi Danish 2 3x naik tak lepas. Last2 giveup! Sabau je la.

 Ni macam ala2 rancangan tv ms aku kecik2 dulu. Di mana Joe Jambul eh? Ke ape ke namanya ntah.
 
 
 Dah puas main, turun bawah nmpk plak kuda depan mekdi ni, naik pulak.

Last skali, sebelum balik besday boy request kek. Ok. 2 slice kek. Darwish tengok je ok?

Ok la..sorii cerita takleh panjang2 sebab keje pun berderet panjannngggg. Overall, tempat ni memang best sangat. Memang sesuai la utk bdk umur bwh 5 tahun. Tapi aku tengook ada jugak bdk besar2 yg main jugak. Nak tinggalkan anak kat sini pun bole sementara nk shopping ke hape, tapi ada had umur n jam. Kena cek balik ngan RekaZone. Ok!

Till then,

Bye!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah