Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, July 5, 2018

Setelah setahun lebih menyepi..

Assalamualaikum doniaaa..

Perghhhh..berzaman tak bukak blog. Nasib baik password ingat lagi. *sigh* Dalam setahun banyak benda yang jadi. Anak-anak dah membesar. Alhamdulillah. Danish dah 6 tahun, tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Darwish dah 3 tahun. Dah tak boleh nak janji nak cerita pasal dorang. Takut nanti masuk draft lagi. Sobs!

Rindu blogging. Betul la orang kata, kalau lama tinggal memang susah betul nak cari mood nak menulis balik. Ada lagi tak kawan-kawan saya? :'( Huwaaaaa siyes rinduuuuu.

Eh!

Belum terlambat kot untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kat korang2. Maaf andai ada kekhilafan sepanjang kita kenal di alam maya ni. Ada yang kenal kat blog, dah berkawan kat fb, ig. Semoga ukhwah ni terus berpanjangan. Ameennn.

Kalau rajin follow la fb n ig hakak IG dalila_86 n fb Nur Dalila (Nasib baik ingat lagi macamana nak link). Hakhak! Kalau lagi rajin gi la follow ig bisnes hakak. Hakak sekarang aktif dengan bisnes event planner. Doakan hakak baik2 saje okay! IG Lovely Event Planner Kakak memang tak sempat update apa2 kat sini. Adalaaaa draft hari tu (setahun lepas) tapi DRAFT! Cisss!

Okay la uols. Cukup la untuk permulaan ni. Nak kene bertatih balik tulis blog. Jumpa lagi nanti ya! Tuuuu link tu, bukan sajer2 je kakak bagi. Kekeke.

 Selamat Hari Raya dari kami
#teamrayaperak
#teammaroon

Till then,
Assalamualaikum

Friday, August 12, 2016

Kemuncak Raya | Jamuan Raya Kompleks C & Aras 7

2 Ogos 2016 - Jamuan Raya Kompleks C
Tahun ni jamuan raya bergabung lagi dengan jabatan/kementerian lain yang ada kat Kompleks C ni. Jadi untuk jabatan memang dah takde dah la. Ok je. Meriah pun meriah tgk orang berebut amik makanan, beratur amik makanan. Artis jemputan utk tahun ni Aris Ariwatan & Shiha Mentor.

 My 'tablemate' ;D

 Jamuan raya parcel c ni mmg gambar selfie saje2. Jadi layankan aje la ye ;)



 #teamrayabiru

Memang banyakkk sangat makanan. Sampaikan ada yang cerry berry keesokkannya, (termasuk la aku). Huwaaaa.

9 Ogos 2016 - Jamuan Raya Aras 7
Jamuan raya bahagian ktorang bergabung dengan 2 bahagian kt aras 7 ni. Kali ni kecoh ngan adanya 'boomerang'. Ngan2 aku skali ter'install'. Sebelum ni tak penah kesah pun. Hahaha. Hebat kan penangan boomerang. Pengarah2 ngan KP pun terpengaruh skali. Kikiki.

 Main menu "Nasi Tomato" tapi takde dalam gambar.

Drama sgtt ni ;')

 Kat 'booth' ABC.

 Manis ke idok? LOL. Me ngan replika rumah oleh Kelab BMP.

 #inikanraya marilah kita sama2 bermaafan.





 Bergambar bersama KP dan pengarah2 bahagian

Bahagian Metodologi & Penyelidikan, Jab Perangkaan Malaysia.

Sekian gambar raya utk tahun ni.

In sha Allah jika dipanjangkan umur, berjumpa lg dengan Ramadhan & Syawal tahun depan.

___________________________________________________  

 





Monday, July 11, 2016

Salam Lebaran 1437H!

Assalamualaikum
 
Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Maaf andai ada penulisan aku yang menyakitkan hari korang, comment2 aku kat blog korang, comment2 kt fb, ig n apa2 je la yang menyakitkan hati korang. Tahun ni #teamrayaperak yeayyy! Ktorang bertolak lepas terawih ari Isnin tu. Alhamdulillah perjalanan lancarrrr sangat. Tak macam tahun2 sebelum ni. May b orang dah balik awal kot. Jom layang gambar hari raya pertama #teamrayaperak.
 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin dr kami..
Tema #raya2016 tahun ni, HIJAU

Family photo
Ni antara yang 'elok' 

 
Rumah pertama kami lepas solat hari raya. Rumah makcik di Simpang Empat, Semanggol. Maciaamm maciammm ada. Sume sedap2 pulak tu.

Rumah kedua, sepupu di Selinsing

 Rumah ketiga, kg nenek belah mak. Kenapa ketiga? Hihihi. Sebab pegi yang jauh dulu. Kami konvoi ramai2 dr kg atok belah abah.
Aku #berselipar hahaha. Ingatkan dalam gambar tak nampak. Tu yang bila upload fb/ig kene tepek emoicon sket. Perkenalkan dr kiri kakak sulung, kedua n mak. Kami adik beradik 4 orang je. Sulung abang, takde dalam gambar.

Rumah keempat, view jalan je. ;)

Kelima n keenam takde gambar sebab perut dah penuh. Semua pakat tersandarrr. Haha!

 Sepupu, kawan baik, kawan gaduh. Sorang lagi kene chickenpox kene kuarantin.

Ok la, setakat tu je gambar #rayapertama kitorang. Letak banyak2 kang korang bosan pulak. Harini aku dah start keje. Soo bertabahlah! Kerja masih dalam #moodraya ni. Dengar lagu raya pun rasa nak nangis.

Akhir kata,





 Nanti tuan tanah datang beraya umah korang ye! Jangan lupa sediakan ketupat n rendang. See ya!



Monday, August 24, 2015

Final Raya

Assalam.

Raya dah habis. Tapi harini nak habiskan citer raya terus, sebab tu tajuk "Final Raya". Hahaha. Tajuk tak hengatt kan. So kita sambung kisah raya ok?

 Ini la cucu2 mak ngan abah saya. Sekuntum je bunga yang lain sume kumbang!
Dari kiri kakak nazurah, naufal, haiqal, darwish, danish n zharfan.

Ni gambar masa dorang (family n sepupu2) aku datang beraya kat umah.

 1st time pegang monopod ni. Menggigil tangan. Lol!

 Tuan rumah~

Kesayangan2 beta. Yang kecik dah tido.

Darwish & Arrissa (anak sepupu) masa open house umah mak.

Ni je gambar yang sempat amik.

Ni pulak gambar masa Jamuan Hari Raya Kompleks C. Tahun ni gabung ngan JPA, SPA, JKR, SPR, Peguam n MOSTI buat kat tengah2 parcel C. Meriaahhhh. Macam2 makanan ada.

 Cantik x?Hahaha. Maksud aku camera nye. Ni pakai camera kak ra (kanan). Comei kan? -Sponsored by Oppo-. Lol

Bukan kebetulan..Ngeh2.

Oklah. tu je gambar raya yang ada. Dah boleh clear kat nset. Tahun depan in sha Allah klu dipanjangkan umur kita jumpa lagi. Tak sempat amik gambar ngan fifi masa ni pdhal meja dia belakang meja aku je. Toleh2 dah hilang! Dah la minggu terakhir kt HQ ms tu :(


Wednesday, August 5, 2015

Raya Lagi

- Sambutan Hari Raya Bahagian -

Raya tak habis lagi kan? Aku nak sambung kisah raya aku pulak. Sambutan raya kat ofis buat awal sikit tahun ni sebab ada pegawai nak pegi India 10 bulan. Jadi boss nak buat sebelum dia berangkat. Cadangan majlis 27hb masa hari aku naik keje. Memang kelam kabut. Bos pulak bgtau masa Jumaat petang, masa tu dah pukul 4 lebih. Tak sempat nak email apa, bgtau pun dalam whatsapp group bahagian. Pffttt! APTB! Kami yang AJK ni la 'lap peluh' jap.

Cadangan awalnya, nak buat kat luar tapi tak kesampaian. Takpe la. Buat sesederhana yang boleh. GST kan? Wahahaa. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar jugak, makanan cukup jugak, dalam dok kelam kabut tuu. Taknak la tayang gambar makanan. Menu2 biasa je yang ada masa raya.Lagipun konsep ktorg 'portluck'. Main2 menu bahagikan ikut 'seksyen'. Menu2 sampingan ada yang bawak dr rumah, masak sendiri. Macam seksyen aku, buat laksa penang, mintak mak pegawai kat ofis ni buatkan. Menu2 lain, nasi tomato, laksam, lontong, lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, abc, ais krim, buah2an tempatan (termasuk durian) n dessert2.


Papepun, kita wefie dulu okies? :D
 
Boring! Sementara tunggu bos habis meeting, ni la keje ktorg, Perut dah lapau!

 Freestyle!
 
Wefie ngan zue

 tt - tuan tanah

Ngan Kak Liza

Ngan Farah

Dah puas begambar, bos tak habis2 meeting lagi.

 Trend gambar mcm ni dah femes thn lps kan? --Wefie n orang amik gambar dr jauh. Tahun ni nak jugakkk!

Bila majlis mula, ktorg tuju ke satay dulu. Nampak tak kebulur disitu? Hahaha!

Lepas satay, nasi tomato plak. Ni bos yang buat, memang kena rase. Hekhekhek.

Overall, makanan sume sedap2 wlupun ktorg buat dalam kelam kabut. Makan cukup, siap ada yang lebih tapi takde la membazir sebab lebih tu orang tapau bawak balik. Cmane citer jamuan raya kat ofis korg? Best?


Monday, August 3, 2015

Raya 2015

Assalam.

Syawal dah masuk hari ke 18, tapi aku baru nak update pasal 1 Syawal. Melampau tak? Hahaha. Tak pe la. Yang penting ada kan? Macam yang aku penah citer sebelum ni, tahun ni turn beraya kg papa d. Jadi ke nogori la kito! Balik kg sehari sebelum raya. Tak jem pun sebab ikut jalan dalam. Petang berbuka kat Jelebu (kg FIL). Lepas berbuka baru gi kg MIL-Palong 1. 

Siyes! Tahun ni tak banyak gambar pun sebab raya petama aku sempat pakai baju raya tak sampai setengah jam pun. Mihmihmih. Lepas amik gambar yang aku tepek sebelum ni tu, terus salin baju lain. Sebab nak pakai balik raya ke 3. Ada perjumpaan family besar FIL n waris2. Nak sedondon kekdahnya!

 Banner program.

Gambar dipagi raya ke 3.

Family in law

 Yang depan skali uwan papa d.

Kira raya petama, kedua, ketiga aku kat Palong 1. Pagi raya ketiga tu baru gi Jelebu balik. Perjumpaan family tu kat depan rumah uwan papa d je. Agak meriah, siap ada lucky draw bagai. Tapi satu gambar pun aku takde sebab kejap je aku kat ctu. Pastu dok umah uwan papa d, bagi Darwish makan, tidokan dia.

Alhamdulillah. Sepanjang kat kg Darwish ok sangatttt. Tak meragam pun walaupun agak panass sket. Sampai orang pelik, takde dengar nangis pun. Haa...itulah Darwish. Tak banyak ragam. Abang Danish pulak yang manja kemain. 

Raya ke 4 aku ngan family in law ke PD stay kat Glory Beach Resort. Saja bawak budak2 seronok2. Ramai jugak kan yang beraya kat sana. Swimming pool pun penuh. Aku tengok dari atas balkoni je. Takde turun pun. Ktorg stay kat apartment 3 bilik MIL sponsor. Best, besar, selesa. Kalau pegi ramai2 memang berbaloi sangat. Siap ada voucher bfast utk 6 orang. Sori takde gambar jugak. Korang blh google je review Glory Beach Resort ye. Sume apartment sama je aku rasa.

Ada lagi cerita raya nanti aku update Jamuan Raya Bahagian ktorang pulak. Nak letak dalam ni skali panjang lebar pulak nanti. Cukup la setakat ni dulu. Nahh banje 1 gambar adik beradik ni.

 Abang selalu kena buli ngan adik. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah