Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Solid Food Darwish | Finger Snack Baby

Darwish dah 7 bulan. So mama berbesar hati nak ngajor anak mama makan 'jajan'. Tapi ni yang homemade pny ok. Sayangnya mama tak berapa nak rajin sangat. Mama buat dari roti gardenia kosong je.

 Cookie cutter ni aku beli masa Danish kecik dulu. Konon nak buat kat dia. Nan hado! Terperam sampai kluar Darwish pulak.

 Ada yang panjang2 untuk senangkan Darwish pegang. Seeloknya pakai gardenia yang wholemeal tapi ni je yang ada kat rumah. Ok je la!

 Sapu dengan unsalted butter n bakar.

 Ready to ngap!

 Mula2. "Apa ni, macam pelik je"
 
 "Try rasa sikit la.."

 "Sedap pulakkk.."

Abang skarang slalu jelesz bila mama/papa amik gambar adik. Mesti dia nak menyelit. Tak pun cakap "Alaaa..asyik adik je..abang la pulak.." Kesian. Mama sayang anak2 mama la. Takde beza apa pun. 

Untuk finger snack Darwish ni aku kena pantau jugak. Kena tengok2 bila dia makan. Tambah2 bila buat bentuk bear macam tu. Mula2 makan diisap2nya biskut tu. Bila dah basah/lembik, biskut masuk mulut, bole tercekik. Bagi yang panjang2 tu selamat sikit. Nanti mama belajar buat biskut yang cair di mulut ye? *Hugs*

 

Monday, November 3, 2014

Petua Mudah Bersalin


Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.
 
Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.
 
Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
 
Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
 
Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
 
Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.

#info pama.karangkraf.com

Thursday, August 14, 2014

Petua Rawat Batuk Selsema


Masalah selesema sememangnya perkara normal dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dianggarkan dalam setahun mereka berisiko dijangkiti selesema sebanyak lapan hingga 12 kali.
Selain mendapatkan rawatan moden ubat-ubatan yang diberikan doktor, tidak salah anda cuba petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan masalah selesema si kecil.
Minyak bawang putih
Panggang bawang putih dengan kulit sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapu di dada anak ketika batuk dan selesema.
 
Stoking bawang putih (Garlic socks)
Letak bawang putih pada stoking anak. Pakaikan anak stoking berlubang besar seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang.  Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.
Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja kerana ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna dua helai stoking berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .
 
Bawang merah
Potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan.

#copypaste pama.karangkaraf.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah