Showing posts with label Short Vacay. Show all posts
Showing posts with label Short Vacay. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

2D 1N Melaka | Makan Malam Sedap di Melaka

Bersambung lagi. Previous entry :

1 - Makan Tengahari Sedap @ Melaka 
2 - Bayou Lagoon Park Resort 

Makan malam ktorang pegi jauh sikit dari yang biasa orang pegi. Kalau makan malam biasa korang pegi Umbai kan? Ktorang ubah selera. Kedai makan ni papa d yang recommandkan. Apa yang menarik kat sini? Jom tengok!

 Kedai makan MERAH, kat Batu Berendam Airport.

Yang menariknya, korang bole pilih nak makan duduk atas kerusi atau duduk kat pangkin macam ni. Ohsem kan?
 
 Menu ktorang malam tu. Takde ikan bakar, takde seafood, macam kat umbai.

Ni la menu yang special kat sini, Perut Goreng Kunyit!
Yummyyyyy..sedap sangatttt. Korang nak tau, seumur hidup aku, aku tak penah makan perut tau. Bila try menu ni, sedapppp sangat! Tak rasa pun perut tu. Slalu aku tengok pun tak leh nak masuk sangat! Tapiii yang ni, pergghhhhh..terangkat tau!
 
 Nak sampai ke sini senang je, kedai ni tepi je lorong sebelum nak masuk Lorong Noja Husin ni. Nampak yang lampu2 banyak kat belakang tu? Tu la kedainya. Dah la sedap, murah pulak tu! Kalau gi Melaka, memang nk try lagi!!

Balik tu, kekenyangan, terus tido! Hahaha 
 

Thursday, November 26, 2015

2D 1N Melaka | Bayou Lagoon Park Resort

Assalam.

Lama tak bukak blog. Aku pun xtau nape, ada sesetengah blog yg aku bukak xleh nk comment! Lama loading. Line tenet kah?MAMPU blocking kah? Last2 bape kali bukak xleh nak cmmnt, trs frust, lama tak bukak. Ngan blog sendiri tak berupdate. *Sigh*  
Straight to the point ye. Nak citer pasal Melaka aritu.

Kali ni ktorg menginap kat Bayou Lagoon Park Resort kat Bukit Katil. Papa d book kat booking.com 1 malam RM160. Ok sangatttt kan? Harga tu termasuk breakfast utk 2 orang n 2 wristband untuk masuk waterpark. Danish is free. Mama is sookaa. Haha. Jom tengok bilik!

2 single bed

Nak panggil hall bole? ;D

(Abaikan si kecik ittew)

Toilet ok je!



Jantung hati saya! Bilik ktorang ngadap Gold Coast Melaka (yang baru tu) yang ada open jacuzzi tu. Tapi tengok tak best! Iye2 je viral kat fb! Hak3~

Petang tu turun waterpark ada 4 section pool dia. Memang puas hati sangattt. Ngan mama skali turun mandi. Sume slide hakak try uols! Kah3. Tak sedor diri betul!

Kids pool 
Yang depan tu (tile petak2) sesuai sgt untuk Darwish. Air cetek so aku lepaskan je biar dia duduk kat ctu. Suke bukanmahen main tepuk2 air.
Main pool
Besar, luassss tapi air tak dalam pun memang sesuai untuk budak2.
 
Kolam ke 3 n slide yg palinggg best. Haha.

 Belah ujung skali ade monkey cross-ehh..betul ke tatau nama ni.

 Mama pun ober nak masuk jugak!


Precious time! *hughughug*

Last skali, terpengsan kepenatan kat tepi kolam ;D

Oh ya! Tadi aku kata ada 4 section kan pool dia? Satu lagi aku tak amik gambar pulak! Satu lagi pool petak biasa yang bole berenang tu. Untuk kids pun ada. Danish lepas mandi kat kolam besar, gi mandi kat ctu pulak ngan papa. Mama naik atas dulu settlekan Darwish.

Pagi tu breakfast ktorang turun awal sebab officemate aku penah pegi, katanye kalau turun lambat takut ramai orang (sebab ktorang pegi pun time cuti deepavali kan). Ktorang pun turun la awal, bukan sebab takut orang ramai, tapi takut makanan abis. LOLs! Tapi tak abis pun! Hahaha. Makanan memang banyakkkkkk n dorang memang topup aje kekdahnya! So takyah risau pun! Makanan pun maciam2 hado. Menu setiap hari lain2 kot. Tapi masa ktorang aritu (pagi Isnin) menu memang sume SUPERB! Memang berbaloi2 sangat! Memang kena repeat lagi pegi sini. Better than Gold Coast Morib (baca entry sini). Ok la, sekian untuk cerita cuti2 kami. Bakal bersambung untuk entry makan malam. Doakan i rajin! Ngeh3 ;)

Monday, November 16, 2015

2D 1N Melaka | Makan Tengahari Sedap di Melaka

Assalam.

Okok. Kali ni takde teaser2 dah. Ktorang pegi Ahad-Isnin minggu lepas. Lajak skali cuti Deepavali. Alhamdulillah. Highway tak jammed pun. Sampai Melaka dalam kul 12 terus carik nak makan mana. Mula ingat nak makan kat MITC tapi carik kedai yang sedap tu tak jumpa. Terus papa d ajak makan kat tempat biasa. Penah review kat sini dulu. Ni kira kali ke 3 aku makan sini.

  On our way to Melaka ;D

Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampung, Ujung Pasir.

Kalau gi Melaka mesti nak singgah makan sini. Masak asam pedas dia kawwww gila!! Memang kena la ngan selera ktorang. Masa ktorang sampai, penuh meja sampai kena tunggu orang bangun. Tapi tak lama pun tunggu. Memang tengah lunch hour pun. Bertabahlah!

 Asam pedas telur ikan

Asam pedas ikan pari

 Asam pedas ikan semilang

Yummyyy

 Semua set didatangkan dgn nasi macam ni. Telur masin + ulam timun

 Untuk senarai harga. Kalau tak nak amik set nak amik ikan je pun bole.

 Mama n anak2 ;P

Perut dah kenyang, hati dah senang terus gi check in hotel. Next entry ok.



Wednesday, November 11, 2015

# Wordless wednesday # Teaser Bayou Lagoon WaterPark


Aci idok nak wat teaser je dulu sementara nak pilih2 gambo, nak edit2 gambo ni. Hihi. Ramai lagi tak yang cuti lagi arini? I is jeleszz yuuu! Cuti banyak lagi tapiii nak simpan untuk tahun depan ;D. Gambar atas tu, 1st time bagi Darwish mandi pool. Memula macam tekujat jugak. Lelama, ehh suka benorr dia. Nanti update lain ok? 

-Tata-

Monday, November 2, 2015

2D 1N @ Avillion Legacy Melaka

Ini ialah entry throwback. Eh! Bila nak gi Melaka utk yang ke sekian kalinya, baru teringat..eh ehh..hotel review yang sebelum2 ni mn pegi? Hakhakhak! Mana aci tak buat. Kang anak2 kata tak penah pegi Melaka pulak. Kuikuikui. Ok2 selowww seloww. Setakat hari ni (2 Nov 2015), aku dah missed 2 hotel review kat Melaka iaitu, Avillion Legacy Hotel & Puteri Hotel (pegi bulan 5 tuari).

Ok, harini aku nak review Avillion Legacy Hotel di mana, di sini la tempatnya 'benih' Darwish tercipta. Kahkahkah. Tapi siyes hoi, masa pegi sini (bulan 5 2014) aku belum pregnant lagi. Balik dari cni, dah pregnant terusss jadik MALAS nak update blog. Tau kan penyakit aku masa pregnant dulu? Rasa nak muntah bila tengok blog. Tu yang tulis sket, masuk draft, tulis sket masuk draft. Udahnya masa pregnant dah jadi kurang entry. Lols!

Sebelum tu, entry yang ada kaitan ngan holiday kali ni ada kat link sini dan sini. Dua entry tu je aku sempat buat.

Lepas pegi Zoo Melaka n isi perut, terus check in Avillion Legacy Melaka. Harga siyesss dah tak ingat, papa d book through Agoda (hope so), eh! ke booking.com. Cehh! Ingatan tak dapat nak berfungsi dengan betul lepas dah ada 2 anak ni. Memang penyakit kot? Hiks! Tapi harga under 200 rasanya. Ok bole cek sendiri ye! Ampunnnn!

 Short Vacay - 3 & 4 Mei 2014

 Lobi hotel yang besau nau~nau.

 Alahaiii..rindunyaaa budak ini!

 One king bed size cukup untuk ktorg 3 beranak. Sekarang be 4 dah tak muat *ketuk kepala*.

 Kerusi bermalas-malasan!

 Tibi flat screen. Time ni masih setia ngan tibi tigasuku! Hakhak ;D

 Benda2 yang biasa ada.

 Toilet ada bath tub.

Swimming pool di atas bangunan. Dont expect more ok?

 Kolam budak pun kecik je. Tapi ok la. Anak aku bukan besar mana nak berenang bagaii.

 Acah-acah pandai floating! Hahaha!

 Wlupun kolam kecik, changing room hade tau! Hehe

 Dalam lif, turun utk bfast.
 
Read du'a before you eat ok? Alhamdulillah :)

Antara hotel yang BEST bfast nya, di sini laa. Maciamm maciamm hado! Sedapp pulak tu! Tapi aku tak banyak amik gambar masa ni. I is malu! 

Masa utk check out n nak sambung jalan2 kat Bandar Melaka.

Last but not least, Avillion Legacy Melaka is the best.
-dr 2 model tak berbayar- ;D

In sha Allah ujung minggu ni ktorang nak ke Melaka lagi, tapi stay hotel lain pulak. Saja nak bagi Danish seghonok2. Reward untuk dia sebab tolong jaga adik. #oktipu

Tuesday, September 29, 2015

Corat Coret Langkawi

Assalam.

Berakhir dah cerita Langkawi hakak. Cuaca tak berapa mengizinkan, so banyakk aktiviti tak bole nak buat. Dah paus dah kot gi Langkawi. In sha Allah tahun depan nak holiday tempat lain. Tapi kena tengok bajet dulu. Kehkehkeh. Tapi housemate ade bunyik2 nak gi Krabi. Eh? Bole caya ke? Budak 2orang tu cmana? Nak angkot skali ke? Kikiki. Moga2 jadi kenyataan. Amennn.

Kat Langkawi aritu aku takde beli apa sangat. Selain coklat2 aku cuma beli Tefal (nak gantikan yang lama sebab housemate iolss kacau pakai senduk besi so dah terkopek). Hikhik. Ni aku nak share something. Sebelum pegi aku dah puasss survey harga kat cni. Rupanya tak payah ke Langkawi pun bole dapat harga pinggan mangkuk yang murah! Kan kali ni aku aim nak beli 1 set vision. Bila tengok harga kat sana, terus tak jadi nak beli sebab harga kat cni lagi murah. Tak percaya? Korang penah dengar PERNAMA? Kedai serbaneka yang tentera pny tu. Korang percaya tak kalau aku cakap harga kat ctu lagi murah dari Langkawi.


Iolss mengidam set yg ni. Cer tgk harga tu. Kat pernama set macam ni cuma RM379 je! So xpayah la nak berangkut pinggan mangkuk dr Langkawi. Hoiiyeey!

 Untuk set2 yang lain.

Set corning ware. Yang atas skali tu pegi sebelum ni aku beli RM330. Sekarang tengok harga dah berapa. Pfffttt.

Antara coklat2 yang jadi kegilaan kat Langkawi:






Ni utk yang nak survey2 harga coklat langkawi. Sebab aku pun penah google2 cari harga. So ni harga sehingga bulan 9 ni. Kalau lepas ni naik lagi tak tau la kan. Oh ya! Untuk harga pinggan mangkuk kat pernama tu, belum diskaun lagi. Kalau beli lebih dari 10set dapat diskaun 10% tak silap. Kalau beli lebih dari RM2000 pun ada diskaun jugak tapi tak banyak la. Dengan syarat ada kad askar. Kot ada yang suami keje askar bole la kumpul2 beli. Ramai online seller amik dari sini ler.

So, bila dah tau kat mana yang murah tak payah la aku susah2 berangkut dari Langkawi. Ujung tahun ni aku ada nak beli. Sape nak tumpang bole laa. Harga terbaekk dari ladang. Untuk set corelle pun ada. Kihkihkih. Berminat pm ok?

Bai









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah