Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

Solid Food Darwish | Macaroni 8 Months

Assalam

Ini ialah entry auto-publish memandangkan aku kursus harini n esok kat JAWI, KL. 

Dah 2 kali buat, Darwish sukeeee sgt! ;D

Segenggam macaroni direbus bersama 1 sudu unsalted butter & toskan.
Puree carrot
Tomato potong dadu
Bawang
Ayam

Tumis bawang bersama unsalted butter kemudian masukkan isi ayam, tomato n carrot bersama sedikit air dan renehkan sehingga masak. Campurkan macaroni tadi dan kisar ikut kesesuain bayi ;)

 

Monday, October 19, 2015

Makanan untuk bayi ketika travel

Assalam.

Nampak skema kan tajuk entry? Aku tak tau nak letak tajuk apa. Hahaha. Takpe la. Yang penting kat sini aku nak share apa yang aku buat masa pegi Langkawi haritu. Harap membantu. 

Untuk makanan Darwish, aku buat macam biasa n bekukan. Yang jadi masalah sekarang bila kene fly dengan bawak makanan2 tu. Masa gi Langkawi tu Darwish baru nak masuk 8 bulan. So nak tak nak kena la jugak bawak. Kalau dia dah bole makan nasik lenyek2 je takpe. Iolss aritu try jugak bg bubur kasar2 sket. Kengkonon dah 7 bulan lebih kan, bole la buat kasar2 sket.  'Diluaknya' balik, buat2 macam tercekik. Terpaksa laaa mama ni gigih haluskan balik. Tapi takpe laaa..demimu anak! Asal makan sampai licin, mama dah puas hati!


 Makanan aku letak dalam ziplock plastic ni. Senang. Kalau nak panaskan, kluarkan 1 pek je.

Tiap2 hari aku panaskan n bg kat Darwish. Sebab tu aku pilih untuk dok homestay ni, senang nak panaskan makanan Darwish. Kalau dok hotel kena bawak warmer pulak. Kalau nak kete aku ampun lagi, ni sebab naik flight payah la sikit. Makan space jugak. Aku letak sume ni dalam cooler bag yg terisi ice pack. Memang sampai Langkawi (keluar rumah pukul 11 pagi, sampai homestay pukul 4 petang) kiub2 tu tak cair pun. Elok je lagi.

 Ini dia. Aku beli kat Daiso je.

 Comei tak cooler bag hakak? Iolss memang suka cooler bag kiut miut cmni. Ni pun beli kat Daiso. Dari Danish lagi aku suke beli cooler bag kat Daiso.

Untuk snack semantara tunggu time makan, aku sediakan ni. Bole tengok resepi kat sini ye Resepi Finger Snack Baby 8months

 Suka bukan mahen tau dia!

Tuesday, September 8, 2015

LABU punya hal!

Assalam.

Al kisah, kelmarin (Ahad) aku buatkan puree labu untuk Darwish. Pagi tu Darwish makan bubur nasi+asparagus+brokoli. Stok dah habis terpaksa bagi sayur hijau. Sebelum ni penah bagi bubur nasi+bayam+brokoli, Darwish macam kureng sikit (sebab demam jugak agaknya). May b sebab takde rasa manis kot sebab aku biasa masukkan kentang atau carrot bg ada rasa manis tu. Baby bawah 1 tahun kan tak boleh makan gula/garam lagi. So rasa manis tu biar la turun dari makanan tu sendiri. Jangan nak kata baby pun ada tekak sendiri, tau sedap ke tak. Yess! Memang baby ada tekak tapi baby yang tak pernah makan apa2 tak tau pun benda tu sedap, benda ni tak sedap. Bagi baby rasa sume benda. Tak yah la parents tak suka, so tak nak bg kat baby. Eh! Dah panjang pulak aku bebel.

Ok, nak dijadikan cerita, dah settle buat bubur Darwish, petang tu aku bagi la Darwish makan bubur nasi+labu+brokoli sikit. Darwish suka sangat. Ok sampai malam. Malam nak tido tu mengamuk! Siap berguling2 dalam buai. Huwaaa. Darwish kembung!! Darwish memang jarang kembung. Sebelum ni aku dah bagi keledek, ok pas! Labu kembung la pulak. Lepas sapu minyak n papa d dukung dekatkan perut kat dada, then..."prrootttttt". Hahaha! "Haaa..kembung ni.." Nak tergelak pun ada. Terpaksa la semalam mama gigihkan diri buat puree carrot ngan puree kentang.

Si Labu.
Alahaiii. Kembong pulak! Dah la mama buat banyak puree labu ni. Sape pulak nak habiskan ni. Hukhukhuk!

Wednesday, September 2, 2015

Solid Food Darwish | 7 Months

Sepanjanngg Darwish 7 bulan, ada bape jenis makanan baru yang aku perkenalkan. Yang lain2 tu aku bagi yang dah penah bagi masa 6 bulan. Menu kali ni aku tambahkan sekali ngan khasiatnya. Untuk 7 bulan ni aku tambah asparagus ngan bayam. Buah, aku bagi betik tapi takde dalam gambar. Yang aku prasan, Darwish kureng sket kalau bagi buah. Kalau bubur nasi+sayur lajuu je dia makan. Buat masa ni Darwish makan 2x je sehari.

 Brocoli
Khasiat brocoli - tinggi kalsium dan mencegah sembelit, mencegah asma, tajamkan penglihatan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibodi).
Brocoli harus dibersihkan dengan membilas dengan air, bukan direndam. Mengapa? Merendam brokoli akan mengurangkan kandungan nutrisi di dalamnya.
 Asparagus
Khasiat asparagus - khasiat yang sangat banyak termasuklah inulin, sejenis bahan yang tidak akan terhadam di dalam perut dan menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik dalam perut

 Cauliflower/ Bunga Kobis
Khasiat bunga kobis - kaya dengan vitamin k, tinggi kalsium,bantu kurangkan kandungan lemak, kurangkan risiko kanser prostat, turunkan kadar gula dalam darah (diabetes) & macam2 lagi.
Tips Memilih Bunga Kubis - Pilihlah bunga kubis yang berwarna putih atau krim, berat,m bentuk kelihatan padat dan daun-daun di sekelilingnya berwarna hijau dan segar. Jika sudah layu dan gugur, ini bermakna kualitinya juga sudah menurun.


Bayam
Khasiat bayam - Bayam 5x ganda lebih berkhasiat dari brokoli. Tau khasiat brokoli kan? Bayam lagi banyakkkk khasiat. Bayam  kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi, fosforus, kalium, mangan dan zink.

 Makanan Darwish biasanya aku buat skali banyak2 utk stok 2-3 minggu. Kadang sampai berejam2 dok kat dapur ngadap nak buat puree ni.
Hasilnya, masuk dalam kiub n frozenkan! Sonang!

 

Thursday, August 27, 2015

Solid Food Darwish | Beras Perang

Assalam.

Darwish dah 7 bulan lebih. Masa dah 7 bulan aritu aku dah introduce 'nasi' kat dia. Tapi aku bagi beras perang. Macam yang kita tau, kandungan zat dalam beras perang lebih tinggi berbanding beras putih. Korang boleh google ye untuk maklumat tu. Takpun boleh klik sini.

1st solid food aku bagi kurma, lepas tu bagi puree buah & sayur. Bole tengok entry sini . Alhamdulillah setakat ni Darwish cuma makan homemade food sahaja. Say no to processed food! Homemade food lebih sihat, lebih terjamin. Sedangkan kita yang besar pun tak elok amik fastfood kan.

Kat sini aku nak share cara buat bubur nasi guna beras perang pulak.


Beras perang aku rendam 8 jam atau lebih. Google untuk info ye.

Tapis.
Sangai dengan api slow, jangan sampai hangit pulak ye.

Then blend sampai halus camni, letak dalam bekas kedap udara simpan dalam freeze.

Kalau nak masak amik je sesudu dua. Macam aku, memang tak masak hari2. Aku buat stok bubur utk 4 5 hari, dalam 4 sudu besar beras yang dh blend ni. Kalau dah buat mcmni, nak rebus nasik nanti takyah amik masa lama dah. Setengah jam dah siap. Bubur ni nanti aku masukkan dalam kiub. Bila nak bagi Darwish makan aku panaskan, campurkan dengan sayur skali. Untuk cara buat puree sayur nanti aku update lain yer.


Friday, August 21, 2015

Solid Food Darwish | Finger Snack Baby

Darwish dah 7 bulan. So mama berbesar hati nak ngajor anak mama makan 'jajan'. Tapi ni yang homemade pny ok. Sayangnya mama tak berapa nak rajin sangat. Mama buat dari roti gardenia kosong je.

 Cookie cutter ni aku beli masa Danish kecik dulu. Konon nak buat kat dia. Nan hado! Terperam sampai kluar Darwish pulak.

 Ada yang panjang2 untuk senangkan Darwish pegang. Seeloknya pakai gardenia yang wholemeal tapi ni je yang ada kat rumah. Ok je la!

 Sapu dengan unsalted butter n bakar.

 Ready to ngap!

 Mula2. "Apa ni, macam pelik je"
 
 "Try rasa sikit la.."

 "Sedap pulakkk.."

Abang skarang slalu jelesz bila mama/papa amik gambar adik. Mesti dia nak menyelit. Tak pun cakap "Alaaa..asyik adik je..abang la pulak.." Kesian. Mama sayang anak2 mama la. Takde beza apa pun. 

Untuk finger snack Darwish ni aku kena pantau jugak. Kena tengok2 bila dia makan. Tambah2 bila buat bentuk bear macam tu. Mula2 makan diisap2nya biskut tu. Bila dah basah/lembik, biskut masuk mulut, bole tercekik. Bagi yang panjang2 tu selamat sikit. Nanti mama belajar buat biskut yang cair di mulut ye? *Hugs*

 

Monday, August 17, 2015

Solid Food Darwish | Puree Buah & Sayur

Assalam.

Bersambung daripada kisah 1st solid food for darwish(klik)

Antara puree-puree yang penah aku bagi Darwish makan sepanjang 6 bulan:

Untuk semua puree-puree ni aku kukus untuk kekalkan zat dia, blend n masukkan dalam bekas kiub ni. Then masukkan dalam freezer. Kalau nak bagi darwish baru panaskan. Kat taska memang bagi ni je. Taska memang tak sediakan makanan untuk baby sebab makanan baby lain-lain, "Ada yang makan buah aje, ada yang makan sayur je". Tu kata penyelia taska.


Thursday, July 30, 2015

1st Solid Food for Darwish

Assalam.

Dua hari sebelum raya aritu genap la Darwish 6 bulan. Mak dah tak sabau nak bagi makan. Nak tengok respon dia. Google punya google mencari makanan apa yang nak bagi. Siap google kaw! Macam anak 1st tu dah besau sangatt. Padahal dulu makanan macam tu jugak yang bagi. Haha! Antara resepi yang penah aku update utk Danish klik sini

Ahad sebelum tu aku dah prepare siap2 food dia. Senang sebab Darwish genap 6 bulan ari Rabu so tak yah la susah payah balik keje baru nak buat. Aku buat siap2 letak dalam freezer je. Nak makan baru panaskan. Tapi hari Rabu tu aku buatkan puree kurma (fresh) terus bagi makan. Kukus dulu kurma tu, buang kulit, lenyekkan n tapis. 

 Mula2 makan macam pelik, siap keluar meleleh balik dari mulut. Darwish macam tak reti nak telan. Pelik agaknya+manis. Haha! Tapi makan jugak. Abis dalam satu sudu besar. Jadik la untuk permulaan. Esok pagi pun aku repeat lagi puree kurma. Abis lagi dalam satu sudu besar.

 Puree epal.

 Puree brokoli.

Masa balik kg tuari, boleh pulak aku tetinggal makanan Darwish kat kg uwan papa d (sebelah FIL)-singgah utk berbuka kt sana. Bila sampai kg sebelah MIL aku terpaksa la buatkan puree lain untuk Darwish. Ngan blander takde (tak kan nak pakai yg blend cili kan?) Yang ada dalam otak aku cumaaa---pisang! Yes! Aku buatkan puree pisang.

Pisang aku kukus dulu, lenyekkan n tapis.

 Nasib baik boleh jgk jadi halus macam ni walaupun tak blend.

 Nampak muka terpaksa sangat tuu. Hahaha.

 Puree2 ni aku masukkan dalam bekas kiub macam ni. Senang kalau nak bagi makan amik je seketul dua ketul.

Minggu ni aku dah start bagi nasi kat Darwish untuk bekal kat taska. Taska memang tak sediakan makan sebab baby makanan tak sama. Ada yang makan buah je, ada yang makan sayur je. Tu kata penyelia kat situ la. So kita ikutkan aje. Aku pun memang lebih suka buat sendiri. Harap2 lepas ni makin rajin la nak masakkan utk Darwish. 




Wednesday, February 27, 2013

Roti Pisang + Cheese

SALAM uolz..

Ok, satu lg resepi makanan Danish yg aku nk share kt cni.

Bahan2:
1 biji pisang
2 keping roti
Mozarella Cheese - aku gune Bega chesse je. potong/cincang kecik2.

Cara2:
Potong nipis pisang ikut kesesuaian anak - klu dh byk gigi bole la tebal sket kot
Susun atas roti
Taburkan cheese atas roti n kapitkan dgn roti satu lg
Bakar atas non stick pan

SIAP !! Tengok Big Boss mkn!! Hahaha


**Kandungan hidangan - karbohidrat, lemak, serat n vitamin dan segala khasiat dr pisang. Jgn xtau pisang antara buah yg mempunyai byk khasiat selain memberi tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. aku pun br tau jgk ni. Patut la ms treasure hunt aritu ktorg dibekalkan sebiji pisang ngn kuih. So teka teki aku ngan ain dh terjawab. Ngee.


BYE~~



Tuesday, February 26, 2013

Chicken Cheese Pasta Baked


Aci dokk aku amik gambar dr entry yg lepas?? Hee..aku kesuntukkan masa. Skang ni tgh berkursus lagik. Dapat taip sket je resepi kt cni. Jadik la. Untuk yg bertanya tu sila la ye. Hehehe. (Gelak gataii). Aku amik resepi ni pun dr fb Solid Food for My Baby resepi dr kak Nidel RoSe.

Bahan2:
Isi ayam dicincang
Bawang Holland dicincang
Bawang Putih dicincang
Pasta (Spiral) direbus sehingga lembut
Puri lobak - aku guna lobak yg disagat
Minyak zaitun (utk menumis)
Susu FM/EBM/Formula - aku guna air masak jee

Cara2:
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau
2. Masukkan isi ayam biar sehingga half cook
3. Masukkan pasta yg direbus dan masukkan stok ayam (homemade) atau air
4. Masukkan lobak atau puri sayuran lain
5. Biarkan sehingga masak kemudian masukkan susu FM/EBM/Fresh Milk. EBM susu masukkan akhir sebab tak hilangkan nutrisinya.
6. Masukkan ke dalam remekin atau apa2 bekas yg bole dibakar. Taburkan cheese dan daun sup.
7. Bakar selama lebih kurang 20minit 

SIAP!!

Friday, February 15, 2013

Oatmeal With Prune

SALAM uolz..

Ok, aku ngaku aku lambat bg Danish makan oat. Oat bole diberi kpd bayi seawal usia 9 bulan. Tapi anak aku dapat makan oat diusia 1 tahun 1 bulan. Hebat bukan keMALASan mamanye? Miahahaha.

Untuk bfast Danish ujung minggu yg lepas, dgn sifat RAJIN yg sangat menebal aku watkan Danish bubur oat+prune. Abis lebih dr separuh jgk la Danish makan. Aku guna Rolled Oat bukan Instant Oat. Rolled oat kene masak dulu n sebelum masak aku basuh n hancur2kan sket pakai sudu. Nak senangkan Danish makan. Gigi pun xbanyak lagi. Sob sob sobs.

 Pesal aku xleh rotate gambau ni ha??pdhal original file ok je kott. Huhh~

Wednesday, July 25, 2012

# Wordless Wednesday # Danish's Solid Food

SALAM uolz..

Dah 3 minggu Danish start makan. Like what I've told in here , i tried to give him puree for the first 2 weeks. I've started with apple puree, continue with banana puree. Then stop when i noticed he reject a banana. OMG. Usaha tetap usaha! Haha. Next aku try bg nasik kosong pulak yg di blend. OK!

Untuk minggu yg seterusnya, aku dh sediakan bubur nasi+bayam. Danish suke. Alhamdulillah..

Selesai diasak.

Lepas di blend.

Wordless Wednesday yea? Aduhh..terlebih sudahh..Bye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah