Friday, May 29, 2015

Aktiviti Danish di Taska Si Comel

Assalam.


Awal minggu aritu perasan kat notice board ada tampal ni. Kesian anak i tau dah semangat nak pegi bomba, cancel pulak last minute. Taktau sebab apa. Dah la tarikh kat ctu pun silap. Miscommunication. Gulp. Balik ari rabu aritu teacher kata dah pegi pagi tadi. Danish dengan pakai selipar je, tshirt sukan pun tak pakai. Memang sume parents ingat pegi Khamis. Sudahnya sume yang dari Taska Si Comel KETTHA tak pakai baju sukan.

 Ni gambar masa gi Muzium Alam Semula Jadi tu. Satu ni je gambar Danish yang ada dalam fb Si Comel.

 Aktiviti pagi ni, belajar solat dhuha. Alhamdulillah.

 Danish depan 4 dr kanan.





Lepas belajar solat, belajar Iqra' pulak.

 Dah kenapa masuk tangan dlm mulut pulak bang?


 Kalau Danish kena panggil jawab kat depan taktau la boleh jawab ke tak. Haha. Caiyok2 abang! (Ni bukan gambar danish)
Ni pulak utk aktiviti minggu depan. harap2 tak lupa la nak bawak. Seronok pulak tengok ada macam2 aktiviti. Tak la budak2 boring.

Thursday, May 28, 2015

Spin Chopper dari Cosway Memudahkan!

Assalam.

Penah dengar chopper? Iols tak mampu nak beli brand tupperware yg harga RM100++ tu. *Pengsan jap* Ni beli kat cosway je RM18. Dari tahun lps nak beli tapi memannnnnjang takde stok! Haihh. Takde rezeki lagi gamaknya. Bulan lepas cosway wat offer lagi, harga macam yang aku cakap tadi. Tapi bila pegi habis lagi! Menangis ditepi bucu meja aku! Ok tipu! Haha. Last2 kawan aku oder dulu, kalau ada stok dia call.

Isnin lepas kawan aku dapat call kata dah bole amik. I is excited! Hek. Over sgt tau. Selasa barang dah dapat. Ok. Puas hati. Balik tu, senteng lengan masuk dapur trs. Haha. Senang betul kerojer takyah susah payah menumbuk dah. I is suka! Hak3.

 Spin Chopper dr Cosway RM18 sahaja!
 
 Size sama mcm brand tupperware. Ofimate aku beli yg tupperware punye. Tengok ktorg punye terus dia.............hurmmm.. Kali ni biar dia pulak yang menangis ditepi bucu meja. Hahaha.

 Tak kecik tak besar. Tapi jangan kaw sumbat penuh2 ye. Jahanam nanti. Lagi 1 jangan la harap dia boleh 'bekerja' sebijik macam blander. Ni ala-ala blender manja, gitu!

 Jangan sesekali letak penuh, sebab kawan aku punye dah terputus tali dia dek kerana dipaksa2 masa tarik tu.

Settled!

 Hasilnye jadi camni. Cili besar ngan cili api. Aku kasarkan sket sebab nak goreng kering.

 Ni la hasilnya, ayam masak bercili lauk semalam.

 Ni pekasam telur sotong. Tergoda ngan entry pekasam Julia lelaju aku order. Sedapppp makan ngan nasik panas2. Yummyyy.

Petang ni nak wat nasik goreng pulak pakai Spin Chopper! Hai Chopper, bersedialah kau berkhidmat mulai sekarang. Sila jangan macam2 ok?

Wednesday, May 27, 2015

SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

Assalam.

Harini rasa nak join segmen. Jom join! Nak join klik banner ok!

http://www.ayuinsyirah.my/2015/05/segmen-blogwalking-sebelum-ramadhan.html


Friday, May 22, 2015

Program Lalu Lintas @ Smart DeCare

Assalam.

Macam yang aku ada cakap sebelum ni, minggu lepas Danish ada ikut lawatan taska ke Smart Decare Presint 7. Yeyy. Gambar dah dapat. Puas tengok kat fb SiComel Cerdik takde pun muka dia. Last2 mintak kat teacher suruh WhatsApp je. Mintak terus dapat. Sebelum tu aku nak perkenalkan dulu apa tu Smart Decare.

‘Smart DeCARE’ adalah merupakan program pertandingan/pendidikan keselamatan jalan raya di litar lalulintas yang diperkenalkan di Putrajaya pada bulan Jun 2009. Berasaskan ujian lalulintas yang dilaksanakan oleh JPJ serta Program Pertandingan Lalulintas Shell, modul yang diperkenalkan ini merupakan pembelajaran dan pendidikan yang menitik beratkan kaedah dan tatacara untuk menjadi pemandu yang bijak (Smart Drivers) melalui pembelajaran pemanduan berhemah dengan beberapa pendekatan seperti kursus/bengkel/latihan/ pertandingan. Memandangkan program pada 2009 dan 2010 ini dilaksanakan di litar sementara di tempat letak kereta bersebelahan Kompleks Alamanda, maka pada tahun 2010, Perbadanan Putrajaya telah meluluskan untuk pembinaan litar lalulintas DeCARE di Presint 7. Kini, litar ini masih di peringkat pembinaan dan akan disiapkan pada hujung 2011 dan beroperasi pada 2012.
Setelah beberapa tahun diperkenalkan, kini ‘Smart DeCARE’ telah pun menyediakan empat (4) modulnya yang tersendiri berdasarkan katogeri peserta supaya manfaat dan pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat dipelajari dan diamalkan oleh semua lapisan pengguna jalan raya.
KAEDAH PELAKSANAAN MODUL ‘SMART DeCARE’
Program Smart DeCARE bertujuan untuk menyampaikan pendidikan dan pembelajaran keselamatan jalan raya dengan cara yang dapat menarik minat Warga Putrajaya untuk menyertainya. Oleh itu, program ini dilengkapkan dengan pelbagai kaedah pelaksanaan dan pengisian seperti Kursus/Bengkel/ Ceramah/latihan dan pertandingan di litar.
Kaedah pendidikan dan pembelajaran ini pula akan melalui tahap-tahap yang berbeza mengikut tahap umur.


Ni gambar Danish yang aku dapat : 

 Danish naik motor.

 Nak naik kete kot kene pakai helmet dulu.

Tak pasti apa yang dia buat, tapi teacher kata sume dia try.
 

Danish yang depan skali kanan.

 Depan aje! melangok pulak tu! Hahaha.



 Danish depan skali.




Balik je dari lawatan aku tny teacher dia, "dia naik semua kak..motor dia naik, kete, basikal, sume dia naik..bila orang tu tanya, dia dulu yang angkat tangan..bila orang tu tny, sape nak jalan kaki pun die je yg angkat tangan". Hahaha. Aku ingatkan Danish jenis yang malu2 nk try, sebab kalau datang opis aku, orang tanya nama pun dia taknak jawab. Diam je! Agaknya dah ramai kawan2 tu seronok la tu.

Harini ada sambutan Hari Guru pulak kat Taska Si Comel. Menu portluck dr parents. Aku gorengkan nugget je pagi tadi.

 Sume teacher Danish.

 Ni utk teacher. Danish bagi shawl je.

Akhir kata, Selamat Hari Guru utk semua guru2 di Malaysia.


 
 

Thursday, May 21, 2015

Testimoni Set Bersalin Danita

Assalam.

Eh eh! Entry bersalin belum ada tau-tau dah ada entry Set Bersalin pulak. Memang jenoh nak recall balik! Nanti-nanti la ye! Kalau tak pun biar la aku simpan sendiri. Ada banyak pahit manisnya. Sobs!

Macam masa pantang Danish dulu, aku pakai Set Berpantang Nonaroguy. Bagi aku, ok la. Tapi agak pricey. Tak cakap menyesal amik, tapi macam rugi sebab aku tak pakai pun semua yang ada dalam set tu. Phytonatal tu memang terbaekk, tapi lepas masuk keje aku stop sebab tak sanggup pulak nak ulang alik toilet. Lagi satu, satu toilet boleh dengar ko membuang. Dah macam bom! Hahaha. Sori bahasa kotor sket. Tapi siyess weh tu yang aku rasa. Hahaha. Boleh google ye apa yang ada dalam set ni. Kalau korang jenis yang pantang habis~habisan boleh la try yer.


 

Untuk pantang Darwish kali ni aku beli Set Bersalin Danita. Tapi aku beli loose je n tambah apa yang perlu. Tengok set atas ni, aku tak amik pun tungku besi n bengkung sebab dah ada. Antara yang aku amik:


Minyak Serai Wangi

- Sesuai digunakan untuk mengurut badan ibu selepas bersalin.
- Melegakan sengal2 otot dan sakit sendi, urat dan sakit belakang, perut kembung,  senggugut,gigitan binatang berbisa dan lain2.
Aku suka sangat bau minyak ni. Wangi. Dalam pantang rajin sapu. Kalau bole hari2 nak sapu. Mihmihmih. Minyak ni tak panas pun tapi berangin. Eh! Cmana tu? Haha. Yang penting wangi, tak melekit n menyerap! I love!

Mandian Herba Aura

- untuk mengembalikan kesegaran badan
- menghilangkan bau badan
- merawat penyakit kulit
- memberi kelegaan pada pesakit urat, sengal2 tulang dalam badan
Mandian herba aura ni dapat 3 bunjut (BESAR). Bole rebus banyak2 kali sampai bila rebus tu warna n bau dah takde. Wangi, segarkan badan & hilangkan bau badan. Tau la kan kalau dalam pantang, darah nifas kuar, so maciamm2 bau yang tak menyenangkan ada.

 Sabun Aura Terapi 

-membantu membuang angin badan
-mengatasi kelesuan badan
-mengelakkan bau badan
-mudah tidak perlu merebus herba tetapi hasil sama macam bunjut mandian herba
-merawat kulit sensitif
-agen anti kulat dan bakteria pada kulit
-melembutkan kulit serta urat
-meratakan rona kulit
Lepas mandian herba aura dah habis, aku just pakai sabun ni je. Sama jugak fungsinya. Best!

 Boreh Panas
  -boleh dibuat lulur,param,pilis
-mujarab khasiatnya untuk ibu2 selepas bersalin dalam mencegah penyakit angin, menyegarkan badan, membantu menutup roma pada badan dari dimasuki angin
-menghilangkan bau hanyir badan selepas bersalin
-menegangkan dan melicinkan serta mengilangkan bintik hitam pada muka

Secara jujurnya, aku tak pakai pun yang ni. Tak sempat. Haha. Tapi ni bila2 pun bole pakai kan? Hekhek.

Selain tu, aku tambah 2 produk ni,

 Vene Slimming Lotion
  
-memecahkan lemak
-menghilangkan selulit
-menurunkan berat badan
-melangsing dan mencantikkan bentuk badan
-melembut dan menyegarkan kulit
-membuang lebihan angin dalam badan
-mengurangkan rasa sakit senggugut/ sakit sendi
Ni pun aku rajin sapu. Nak kurus konon! Hahaha. Masa pantang rajin la! Skang ni nan hado. Kena usaha balik ni. Target 40kg. Eh?!
 
 Jus Sengat Dara
 
-Memperbanyakkan susu badan
-Menstabilkan hormon
-Memberi tenaga dalaman yang luar biasa
-Menghilangkan stress
-Menguatkan rahim (kepada yang selalu keguguran dan rahim jatuh)
-Mempercepatkan luka bersalin dan luka pembedahan sembuh
-Mengecutkan peranakan
-Memberi rasa ghairah kepada isteri yang ‘kurang berselera’
-Memantapkan vagina wanita
-Vagina Lebih ‘grip’ dan tidak kering
-Menegangkan payudara (lebih anjal)
-Mencerahkan dan menghaluskan kulit (Serbuk Mutiara)
-Menaikkan seri wajah
-Mengurangkan sakit senggugut
-Memperbetulkan kitaran haid
-Mengurangkan keputihan
-Melancarkan perjalanan darah
-Meningkatkan imunisasi badan
-Membantu mengangkat punggung
-Menghilangkan lesu dan sakit badan
-Melegakan sakit tumit dan sendi
Ehem. Baca khasiat dah tau fungsi kan? Hahah. Tapi rasa memang sedap korang takkan rasa nak termuntah ke apa. Boleh google apa ramuan yang ada dalam dia. Tapi sumenya terbaekk.
 
Harga boleh google je sebab aku beli loose n tak ingat dah berapa semua. Bagi aku, ok la set ni. Tak membazir sebab sume bole pakai wlupun dah habis pantang. Tak rugi. Sila dapatkan dari pengedar yang sah. Ewah! Hohoho  

 


Wednesday, May 20, 2015

Hadiah Hari Ibu dari Abg Danish

Assalam.


Terharu tau bila pestime dapat hadiah Hari Ibu dari anak. Hasil tangan anak pulak tu. Sebak. Nak nangis pun ada. Dah besar anak haku! Patut la sehari sebelum tu cikgu tampal notis suruh parents bawak makaroni n tali tangsi. Ni rupanya aktiviti Jumaat lepas. Gelang dibuat dari makaroni. Rantai pun boleh sebab besauu. Hahaha.

Taska Si Comel KETTHA ni bagus. Macam2 aktiviti pulak ada sekarang nak banding dengan taska sebelum ni. Tahun lepas penah bagi kad raya kengkonon Danish la yang bagi. Siap pos ke rumah. Tapi aku tak penah update pun kan pasal tu? Kene buat entry throwback ni. Minggu lepas ada buat lawatan kat Smart Care. Ni pun nanti kene update sebab tak dapat gambar lagi. Fb Si Comel dr cawangan KETTHA tak masukkan lagi. Moa ngan PPj je kot yang ada gambar. Minggu depan ada lagi, pegi Jabatan Bomba pulak. Sonok la si abang bejalan sajo. 


Ni jadual lawatan Taska Si Comel

Arini Danish exam. Bgtau papa d. "Alah exam main2 je tu". Sedih tau hati mak. Takpe la. Kita doakan aje! Semoga Danish dapat jawap soalan dengan tenang. Dah mcm ank exam SPM kekdahnya! Wakakaka.

Tuesday, May 19, 2015

Adam Darwish @ Taska Naliadif, Desa Pinggiran Putra

Assalam.

Alhamdulillah. Dah nak masuk sebulan hantar Darwish kat Taska Naliadif, cawangan Desa Pinggiran Putra. Sebelum dapat cni, memang merata carik takde yang kosong kat Putrajaya ni. Alhamdulillah, syukur sangat masa kitorang tanya taska ni kebetulan ada yang cancel nak masuk. Rezeki Darwish, dapat la masuk cni. Dekat je kalau dari rumah ngan ofis wlupun luar dari Putrajaya. Satu jalan nak gi ofis jugak.

So far, taska ni ok sgt! Sebulan RM350 je. Yang lain sume dah naik RM400 termasuk Taska Naliadif cawangan Putrajaya. Taska ni tak amik ramai sangat. Baby pun 3 orang je termasuk Darwish. Ok la kan? Ok sgttt. Kalau ramai kelam kabut jugak. Taska ni berdaftar yer. 

Papa d ada jugak que utk masuk taska bawah kementerian. Baik taska abg danish, ngan taska KKM, memang takde kosong. Jauuhhhh lagi que. Tapi baru ni papa d cakap macam nak teruskan je antar kat cni sebab ok. Amik Darwish petang2 pun dia sengih je. Cikgu yang jaga tu pun (aku panggil mawan (mama wan) je) ok sgtt. Dah macam mak2. Memang elokkk sgt jaga. Apa pun, kita doa moga Allah lindungi anak2 kita wlu kat mana juga dia berada.

Taska Naliadif, Desa Pinggiran Putra.

Budak dah 4 bulan! Baru meniarap masa seminggu lagi nak masuk 4 bulan. Keep it up syggg! Semoga terus membesar dengan sihat.



Thursday, May 14, 2015

Farewell untuk Kak Ida

"Sahabat datang dan pergi..."

Intro dah sedih. Memang la kan. Mana kita pegi pun, kita tak kan kekal di situ. Sobs!

Kan aku ada bgtau kat entry sebelum ni yang kak ida dah nak pindah JP (Jab Perangkaan) Selangor. Memang sebelum ni dia dr sana. Mintak tukar sini, masuk bahagian ktorang tak sampai 2 tahun dah pindah Selangor balik. Tak larat nak ulang alik katanya dari Shah Alam. Mintak tukar sini kononnya nak mintak kuartes. Tapi nan hado! Kuaters Putrajaya sekarang memang paaaayaaahhh nak dapat. Ya ampun! Que sampai beratus2. Last2 kak ida terpaksa balik JP Selangor balik. Esok dah lapor diri kat sana.

Semalam ktorang buat majlis perpisahan utk kak ida. Sedih, sebab lepas Kak Linda pindah aku ngan Kak ida je..n Farah. Harap2 lepas ni dapat la jumpa lagi. Wlupun dah tak sebumbung tapi tetap seJABATAN. Mintak Kak Ida plisss jangan sombong2 kalau jumpa ok? -.-

 Me n Kak Ida

 Farah, Kak Ida n me.




Sepatah dua kata. Sebak
 Akhirnya gugur jgk! Sobs!

Kenangan dr KAMI utk Kak Ida.

Part paling sedih, montaj utk Kak Ida. Ktorg guna lagu Siti Nurhaliza, Terbaik Bagimu. Memang sedih!

Makan time!

Lepas makan, sambung amik gambar balik.

Buat Kak Ida, ingat ktorg kat sini ok. Kalau jumpa jangan sombong2. Kalau datang HQ jgn lupa singgah Tingkat 7. Semoga terus suksess di JP Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah