Saturday, March 30, 2013

Hepi Besday Kakak Nazurah

 SALAM uolz..

Alhamdulillah kakak dh berganjak ke usia 4 thn. Dah makin besar. Dah makin byk demand. Malam ni, permintaan kakak sendiri, nak celebrate kt Serdang-xingat ape nama kedai tp there serve western food. Nak makan 'chicken chop' katenye. Hadiah besday dr aunty plak nak botol air Barbie. Makin terserlah keperempuanan bile request Barbie stuff. Ok syg, tp aunty xsempat nak bli lg. Mggu dpn la kite gi Butik Barbie kt MidValley yehh.

Ok, harini adalah hari 'gantung kuali'. Hahaha. Aku skang kt umah mertua. Jap lg nak blk umah mak. Kire makan tghari kt umah mak. Malam kang plak nk celebrate besday gurl ni. So arini adalah ari xyah masak. Kekeke. Pagi td je sempat wat nasik goreng kt cni. Dapur kt umah mmg xterusik la. Esok je la masak. ;')

Ok la.. Entry pendek je sebab si kecik ni sibuk nk menyelit kt cni. Pantang klu org bukak lappy. Die pasti ada!


Besday gurl 'Siti Nazurah'

# Happy Birthday kakak
# Moga jadi anak yg baik & pintar utk ibu & abah
 # Plzz kurangkan cakap ok! Hahaha ;D


Thursday, March 28, 2013

Rindu nak berBLOG..

SALAM..

Lamenye tak ke udara. Ayat bajet. Sekian. Wahaha. Rindunye ngan blog sendiri. Disebabkan bizi kt opis, aku sempat update kt umah je. Tapi sygnye, ntah ape masalahnye xleh nk kuar plak. Tu yang dh seminggu xde citer pape. Aku nak upload video Danish. Tapi xlepas. Hampa makk. Xpe. Hidup mesti diteruskan. (^.*)

Semalam aku cuti. Menyambut ketibaan mertua yg balik dr Tanah Suci. Alhamdulillah. Dah selamat sampai tghari kul 1 semalam. Danish sgt la aktif smlm. Xnk bedukong. Xnk berpegang. Org ramai2 aku risau hilang je. Aku tgk sorg mommy ni, die pakaikan anak die 'beg berantai'. Hihi. Macam kejam je nama tuu. Beg tu besambung ngan tali. Tali tu die pegang la. At least anak die xde la dapat gi jauh.



 Haa..yg ni la..ke bende ni dh lame ade, cume aku je yg baru terperasan. Kalo mcm ni xde la nmpk mcm nk ikat anak kan..? Heee.. bole pkirkan ni utk pakaikan kt Danish kalo gi tempat2 yg ramai org. 

 Haa..ni..kan comeii bile dh pakai. Hehe

Xde la nmpk mcm safety harness. Ngee


 Kalo mcm ni mmg bole mendatangkan marah la. Haha. 

Danish & papa

Wednesday, March 20, 2013

#Wordless Wednesday# Pulut Mangga

SALAM uolz..

Aduhhh.. ni la padahnya bila brani2 mkn 'pulut mangga' kt Taman Warisan semalam. Abis sengal2 badan. Paling sakit kt belakang leher. Ke aku salah tdo mlm td?? Xkutt.

 *google*

Memang la nmpk menarik, tertarik memang debommm. Tapi kesannya, sila tanggung sendiri #wahahaha#.

Ngan rasa mangga yg lemak2 manis. Tambah plak ngan rasa lemak2 santan+gula perang. Memang waallaaa.

Monday, March 18, 2013

Teknik Urutan untuk Bayi

SALAM kalian-kalian ;)

Masa Danish baby dulu kan, aku pernah tercarik2 mende ni. Punye la payah nk carik. Akhirnya jumpe kt majalah pa&ma. Tu pun kt iklan Johnson & Johnson. Sempat la jgk aku wat kt Danish. Kat sini aku nk share teknik urutan yg aku amik kt fb Komuniti Anak Manja Ibu. Teknik yg lebih kurang sama.


Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja anda =)

Selamat Mencuba!

1. Kaki

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut.

Sumber : ummi adni

Wednesday, March 13, 2013

#Wordless Wednesday# Mertua ke Tanah Suci

SALAM uolz..

Harini aku cutiii. Bestnye. Baru je blk dr KLIA antar mertua yg ke Tanah Suci. Mertua pegi ngan mak MIL n adik bongsu MIL.



# Semoga mereka selamat pergi & selamat balik.
# Semoga urusan mereka disana dipermudahkan.
# Semoga diberi kesihatan yg baik supaya dapat menjalankan ibadah kepadaNya.


*Ni gambar budak yg bukan main sronok lg. 1 KLIA nk di tawafnya. Hehh...

Tuesday, March 12, 2013

Tips Bercakap dengan Anak

SALAM uolz..

Pepagi seperti biasa, terjah belog FatinLiyana dulu. Tapi hampa. Dah lama doktor ni xupdate. Bizi agaknya. Ermm.. Melangkah pulak ke doktor yg baru bersalin anak ke2 ni Dr. Halina. Harini xupdate lg. Dah bace semalam. Next blog masakan pulak utk menceriakan hari n mengenyangkan pikiran. Huhu. Blog Ana Suzana. Pun dh jarang update sejak pregnant ni. Xlupe blog sahabat aku Fifi. Ni xkira masa aku singgah. Sehari lebih dr 3x tuuu..*ayat membodek*. Haha. Tapi arini xberupdate plak. Bz agaknya. Xsempat nk colling2 lg ;)

Adduhhh.. (buhsan x bace entry kali ni??)

Haha.. Saje je nk bg menyimpang jauh sket dr tajuk asal. Mase aku BW td jumpe blog ni Journey of Life. Pemilik share psl tips bercakap ngan anak. Aku terpanggil utk share kt cni plak memandangkan Danish makin membesar n harap ini dapat membantu aku n korg semua ;D

Danish skang dh sibuk nk bercakap plak. Ape yg kite ckp kekadang die ulang blk dlm bahasa die. Tapi skang ni, 'mama' dh jadik 'mamak' pulak. Aiiyyooo. Sudah tukar ka? Papa jgn nk senang hati sgtt. 'Papa' pun kekadang dh jadi 'papak'. Hahaha.

Dah byk ayat yg die dapat. Bile nak 1 bende ckp 'nakkk' dgn nada separuh menjerit kalo kite lambat bg. 'tanakk' sambil geleng2 kepala. 'dah' sambil bg botol susu bile dh abis atau dh xnk,'atok', 'nya'(nyang), 'pattt'(cepat), .....mcm2 lg la.. dannn yg paling bestnya, tiap kali masuk rumah, bila aku ckp 'Assalamualikum', die akan ikut sama. Walaupun sebutannya xclear, tp bunyi n nada yg sama mcm aku bg salam. So suwwiittt anak mama! luv u much2 lahh!!

Haha..

Ok2. Dah2. Kalo nk citer pasal Danish memang sampai esok xabis. Masa tgh membesar ni la kita nk ajar dia. Wlupun kecik lg kita bole start dr awal supaya mudah terbiasa. <--betul ke ayat ni? Ngee..


Harap lps ni xde la lg ayat 'jangan' yg slalu aku ckp 'xmo' kt Danish. 


*Danish*
*Jadi ank yg baik yer sayangg*
Muahh..muuaahhh




Monday, March 11, 2013

Happy Monday Guys..


I put it on my Instagram. Haha. Saja nak bg angpa telioq. Wakaka. Guy, don't miss it. U will nott regret ;) 

Tapi ni je gambar yg sempat i amik. Xnak tambah dosa. Kekeke.


*Discount that u get*

Ape tunggu lg?? Just klick the link below
  
Bye~~

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia


''SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA dr KAMI''

*Entry pendek je. Dah 430ptg. Nak blk dh. Tapi tetap nk tulis jgk. ;')

Bye~

Thursday, March 7, 2013

Treasure Hunt Full Story

~ Entry Tertangguh ~
Entry ni sempat sehari semlm dok dlm draft (Ngeee) sebab xjd nk post semlm sebab xnk melanggar polisi (polisi kerr) Wordless Wednesday. Sebab entry bergambar tanpa cerita yg penuh amat tidak memuas ati sendiri. Ciss.

SALAM uolz..

2 minggu lps punye citer. Baru nk masukkan. Kan aku ade join treasure hunt anjuran JPM. Ade aku citer kt sini n keputusannya kt sini. Gambar xbyk sgt. Ni pun ade yg amik dr kemera org lain. 

Gambar ms berhimpun pagi tu pun xde. Sgt sedih disitu ='( 
So kt cni mn yg ade je lahh. Seawal 730 pagi ktorg dh berkumpul kt JPM n ade taklimat sket n bacaan dan gerak dlm kul 8. First kene gi ke Cyberjaya. Mencabar jgk. Tapi aku n ain eleks je. Kak Shida n Wan yang banyak cari n dapat jawapan. Dorang mmg Super Power.

Group kami tengah berbincang ngan group yg lain. Ni antara soalan2 terawal ktorg. Yes.. Inilah yg kite carik. Memang dr awal ktorg dh plan nk bincang sesame. Korang akan kalah klu xde semangat berkumpulan ni n dapat jawapan sorok-sorok ok! Sebab aku tgk group yg lain pun same je. Kalo jabatan yg antar wakil 1 group je nasip ler.. Kot korg bole tiru jawapan group sebelahh..ok ler kan? Ngee..sori. sori. sori. 

Sebarang kemusykilan diselesaikan bersama (=
Ok, kak linda kak shida n ain sedang mencari jawapan =)
Ni kt Dengkil

Ni pun group dr perangkaan jgk

 Ni kat Jusco Equine. Bukan sopping tau. Kt cni la tmpt utk antar jawapan. Barang2 yg dorang pegang tu adalah salah satu task yg ktorg dpt. Barang2 ni akan disumbangkan ke rumah org tua2. So disamping memerah otak bole beramal. Nice.

Aku n CikYah yang lain tgh sibuk tgk jawapan masing2. Bagi sume jawapan sama. Baru seia dan sekata.. Ewaahhh

Task yang terakhir kt Putrajaya sebelum balik semula ke JPM. Bile dh blk n mengisi perut, ni la hasilnya.

Kepenatan + Kelesuan + Keletihan = Jadilah gambar yg senyum pun nk xnk je.
*Sila rujuk muka aku*

Dalam auditorium sebelum tau keputusan.

Tempat ke-10 dr 62 yg join. Ok what?? Ko hade?? Peace.


YEAHH..Kami JUARA!!

Ok, ni antara soalan n jawapan tp xleh nk masukkan sume la yerr. Sebab ade kebarangkalian soalan ni akan diguna semula. Heee.




Ok la bye~


 

Wednesday, March 6, 2013

# Wordless Wednesday # Salmon Steak ala Ana Suzana

SALAM uolz..

Disebabkan arini ari Rabu, xnk la ckp byk. Tengok gambar je udah lerr. Dah name pun Wordless Wednesday kan ;D ;D ;D

Dah lame wat cume xsempat nk masukkan dlm belog je. Selamat mencuci mata. 


Ikan Salmon

Sos Putih

Makan ngan nasik goreng cina je. Wat penggemar salmon sdpp la. Bg aku plak, rasa salmon tu xleh nk masuk sgt ngan aku. Ade bau sket wlupun aku dh bape kali rendam n basuh ngan tepung. ;(

Resepi penuh bole tgk kt sini. Credit to Ana Suzana ;')



Tuesday, March 5, 2013

Tolong doakan utk adik Haiqal..

SALAM uolz..

Bizi sgt skang ni. Xsempat nak update blog. Kt opis skang ni tgh bizi ngan 5s. Skang ktorg tgh melaksanakan 's' yg ke-4. Blk je umah mcm penat sket. Padahal bukan buat kerja yg mememerlukan kuderat 4 kerat ni. Tapi seyes blk je umah aku melepek. Tdo pun awal. Arini je tdo lmbt sket.

Korang mesti dh tau kan pasal pencerobohan kt Lahad Batu tu. Aku ni slalu ketinggalan. Bukan xtau tp xsempat nk update kt cni. Aku sebenarnya dh menyampah ngan status2 kt fb yg saling nk menyalahkan pihak tu, pihak ni. Rimas. Rimas. Rimass. Tolongla jgn politikkan isu ni. Negara kita dh cukup aman sebelum ni. Kita sepatutnya kene bersatu. bukan menuding jari sesama sendiri.

Ape dorg ni xkesian ke kt waris pejuang2 yg dh terkorban?? Xde sifat keperimanusiaan langsung. Masa org tgh bersedih bole plak korg gado2. Yang aku pelik, ade plak status sorg ni nk salahkan polis sebab lambat bertindak. Heyy. Kau sape ha?? Dorg tau la ape dorg buat. Dorg pun bertindak mengikut arahan. Kalo kau diberi pilihan utk berjuang kt sn..nk ke kau?? Sanggup ke kau tggl kan anak bini?? Macam tu jgk la yg dorg rs. Tp semangat dorang utk negara kuat la. Bukan mcm kau yg suke menuding jari kt org lain. Sori teremo plak kt cni. Tapi aku betul2 sedih dgn sikap manusia yg macam ni. Lain kali, sebelum update status tu pikir dulu! Ni main hantam kromo jer. Aku tgk ramai yg kondem ko lg ade lahh. $!?%/@#

Ok2. Aku dh tersasar jauh dr tajuk asal. Sori. Sori. Sori. Ok. Tarik napas. Lepas. Tarik napas. Lepas. Fuhhh.. pegi la jauh2 perasaan nihhh...

Koranggg... anak officemate aku masuk sepital Sabtu mlm yg lps. Haikal memula diserang demam panas. Lepas bwk gi sepital trs admitted ward. Doktor ckp ade sedikit jangkitan kuman diparu2. Haiqal sebaya Danish. Lahir dlm thn yg sama tp Haiqal nk msk 9bln. Setakat harini demam Haikal dh xde tp doktor still pantau lg. Mari kite sama2 doakan Haikal cepat sihat yerr.

Si comel Haiqal

Sori zue kite kidnap gambar Haikal kt blog awk. Harap Haiqal cepat2 sihat n kembali aktif mcm biasa. Aminn.

# Mari sama2 doakan juga utk pejuang2 kita. Semoga semua mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga masing2.

# Ya Allah.. Peliharalah keamanan negara kami. Kau berikanlah kekuatan kepada wira2 kami dlm menentang penceroboh2 yang mengugat keamanan negara kami. Kau satukan hati2 kami. Aminn.

# Peace. Chill. Bye2.

Friday, March 1, 2013

My Dear Warehouse Sales 2013

SALAM uolz..

Hii..hii..hiii.. ;)

I dh selamat sampai Putrajaya mlm td. Alhamdulillah. Kursus berjaya dgn jayanya. Kekeke.

I nak share utk mommies yang berminat nk sopping barang baby. My officemate dh pegi n  he got a MyDear car seat for a cheaper price. Which is only RM150 instead of RM379. N two 9oz AVENT bottles for only RM40. Wow. Woww. Wowww. Best bukan?? Ngee. 

Here is the info. May help u mommies. =)



Chow chin chow..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah