Tuesday, January 15, 2013

Danish Cirit Birit

SALAM uolz..

Yahhooo...i'm back yaww..

Akhirnya dpt jugak menembusi blog ni. Kekeke. Kalini aku nk share pengalaman baby cerry berry, dlm erti kata lainnya CIRITBIRIT(CB). Yeah. Pengalaman mengajar kita utk jadi lebih bijak dalam mengatasi masalah bkn pengalaman mengajar kita utk jadi pandai2. Hehe. Motif?? Xde. Sebab aku xnak la nnt korg kate aku merepek kt entry ni n tunjuk BAGUS. Tidak sama skali. Aku just nk share. Terlebih terkurang harap dimaafi. ^.~

Ok, utk yg dh bace entry sblm ni mesti dh tau yg Danish diserang cerry berry minggu lps. 3 hari jgk br ok. Sampai kena bwk gi emergency la. Nasib baik xde pape. *mamapanik*

First yg kite kene tau, antara faktor2 CB:
1. Makanan tercemar - kemungkinan
2. Puting dan botol susu yg tidak bersih - kemungkinan
3. Ibu yg menyusu bayi makan jamu - tidak sama skali. sebab aku mkn jamu spi umur Danish 3 bulan je!
4. Paranteral Diarrhea - ape tu??
*kenapa aku ckp kemungkinan? sebab Danish start CB kt taska.

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

# Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang bayi mengalami CB adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan bayi berkenaan. Jika bayi anda bole terima air garam yg doktor bg, bole bg air garam je. Klu x, bole bg air masak je. Parent kene alert bende ni. Sebab klu kurang air, takut kene drip air je. Sian dorg kan. Tangan dh la halus jerr. So utk mengelakkan bnd ni berlaku, rajin2 la bg ank anda air. Walaupun die xnk atau menolak, cukup sekadar bg sket2 tp kerap.
(Sib baik Danish xkene drip ms aku bwk gi emergency. Memang lps cuci bile die poopoo, aku akan bg die air. Sbb aku gerun btl klu tgk bdk2 kene cucuk sn cucuk cni ni)

# Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh. Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan CB. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.
(Danish mmg byk menyusu ms CB. So bile die merengek je aku bg bf. Aku tau die lpr. Ape yg makan kuar blk. SI je yg wat die kurang poopoo)

# Beri bayi anda makan seperti biasa. Jgn pikirkan "ape yg makan kuar blk". Ape yg penting ialah berikan nutrien yg secukupnya sebab bayi akan kehilangan nutrient dan air semasa proses CB. Lebihkan BRAT diet dlm makanannya. Cth makanan BRAT diet spt nasi, pisang, roti bakar n apple sauce.
(Danish aku bg makan mcm biase je sebab klu makan die x menolak ;') )


# Tahukah anda yg najis semasa CB adalah lebih berasid drpd biasa? Jadi ia bole menyebabkan anus melecet. Bile ank anda poopoo, cpt2 cuci n sapukan krim bg menggelakkan bayi dr melecet. 
(Danish aku sapukan krim Bepanthen. Memang die serasi ngan krim tu je dr kecik. Tapi aku lmbt apply. Sebab xtau. So anus die sedikit melecet. Tp Alhmdlh, ngan krim tu sekejap je elok wlupun amik masa sbb tiap kali poopoo, tiap kali tu jgk kene sapu)

# Bawa anak anda ke emergency jika anak tidak mahu makan atau tidak aktif seperti biasa.
(Kami risaukan Danish n terus bwk gi emergency. Bile nurse check die ok je. Nasihat aku pd korg, as long as your baby active and not refuse food, no need to go there. *kamimalusebabkamiover* Tp xpe la..1st experience kan, lps ni ktorg xwat lagikk. Promiz *.~)

# Bole bg ubat utk hentikan CB tp mengikut arahan doktor. Sebab aku ada terbaca yg klu kanak2 CB amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan CB tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak2 untuk menghentikan CB, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. So rujuk doktor anda!
(Danish aku bg smecta je. Alhmdlh trs elok. Ubat ni pun pakar kt emergency yang advice. So utk yg lain, dapatkan nasihat doktor anda)

Sumber : pengalaman sendiri & Saya Punya Suka
Refer cni utk tau tanda2 anak dehidrasi : Klinik Ibu Aiman

*ada yg ckp CB ni bole berjangkit. Sejauh mana kesahihannya bole rujuk doktor n tny. Sbb lps Danish recover br aku tau. So xdpt tny paed.







1 comment:

Fifi Nadhrah said...

aku baru sempat singgah sini.. banyaknyeee cerite.. baru habis bace dari tadi ko mule naik atas.. sampai sekarang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah