Wednesday, August 5, 2015

Raya Lagi

- Sambutan Hari Raya Bahagian -

Raya tak habis lagi kan? Aku nak sambung kisah raya aku pulak. Sambutan raya kat ofis buat awal sikit tahun ni sebab ada pegawai nak pegi India 10 bulan. Jadi boss nak buat sebelum dia berangkat. Cadangan majlis 27hb masa hari aku naik keje. Memang kelam kabut. Bos pulak bgtau masa Jumaat petang, masa tu dah pukul 4 lebih. Tak sempat nak email apa, bgtau pun dalam whatsapp group bahagian. Pffttt! APTB! Kami yang AJK ni la 'lap peluh' jap.

Cadangan awalnya, nak buat kat luar tapi tak kesampaian. Takpe la. Buat sesederhana yang boleh. GST kan? Wahahaa. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar jugak, makanan cukup jugak, dalam dok kelam kabut tuu. Taknak la tayang gambar makanan. Menu2 biasa je yang ada masa raya.Lagipun konsep ktorg 'portluck'. Main2 menu bahagikan ikut 'seksyen'. Menu2 sampingan ada yang bawak dr rumah, masak sendiri. Macam seksyen aku, buat laksa penang, mintak mak pegawai kat ofis ni buatkan. Menu2 lain, nasi tomato, laksam, lontong, lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, abc, ais krim, buah2an tempatan (termasuk durian) n dessert2.


Papepun, kita wefie dulu okies? :D
 
Boring! Sementara tunggu bos habis meeting, ni la keje ktorg, Perut dah lapau!

 Freestyle!
 
Wefie ngan zue

 tt - tuan tanah

Ngan Kak Liza

Ngan Farah

Dah puas begambar, bos tak habis2 meeting lagi.

 Trend gambar mcm ni dah femes thn lps kan? --Wefie n orang amik gambar dr jauh. Tahun ni nak jugakkk!

Bila majlis mula, ktorg tuju ke satay dulu. Nampak tak kebulur disitu? Hahaha!

Lepas satay, nasi tomato plak. Ni bos yang buat, memang kena rase. Hekhekhek.

Overall, makanan sume sedap2 wlupun ktorg buat dalam kelam kabut. Makan cukup, siap ada yang lebih tapi takde la membazir sebab lebih tu orang tapau bawak balik. Cmane citer jamuan raya kat ofis korg? Best?


Monday, August 3, 2015

Raya 2015

Assalam.

Syawal dah masuk hari ke 18, tapi aku baru nak update pasal 1 Syawal. Melampau tak? Hahaha. Tak pe la. Yang penting ada kan? Macam yang aku penah citer sebelum ni, tahun ni turn beraya kg papa d. Jadi ke nogori la kito! Balik kg sehari sebelum raya. Tak jem pun sebab ikut jalan dalam. Petang berbuka kat Jelebu (kg FIL). Lepas berbuka baru gi kg MIL-Palong 1. 

Siyes! Tahun ni tak banyak gambar pun sebab raya petama aku sempat pakai baju raya tak sampai setengah jam pun. Mihmihmih. Lepas amik gambar yang aku tepek sebelum ni tu, terus salin baju lain. Sebab nak pakai balik raya ke 3. Ada perjumpaan family besar FIL n waris2. Nak sedondon kekdahnya!

 Banner program.

Gambar dipagi raya ke 3.

Family in law

 Yang depan skali uwan papa d.

Kira raya petama, kedua, ketiga aku kat Palong 1. Pagi raya ketiga tu baru gi Jelebu balik. Perjumpaan family tu kat depan rumah uwan papa d je. Agak meriah, siap ada lucky draw bagai. Tapi satu gambar pun aku takde sebab kejap je aku kat ctu. Pastu dok umah uwan papa d, bagi Darwish makan, tidokan dia.

Alhamdulillah. Sepanjang kat kg Darwish ok sangatttt. Tak meragam pun walaupun agak panass sket. Sampai orang pelik, takde dengar nangis pun. Haa...itulah Darwish. Tak banyak ragam. Abang Danish pulak yang manja kemain. 

Raya ke 4 aku ngan family in law ke PD stay kat Glory Beach Resort. Saja bawak budak2 seronok2. Ramai jugak kan yang beraya kat sana. Swimming pool pun penuh. Aku tengok dari atas balkoni je. Takde turun pun. Ktorg stay kat apartment 3 bilik MIL sponsor. Best, besar, selesa. Kalau pegi ramai2 memang berbaloi sangat. Siap ada voucher bfast utk 6 orang. Sori takde gambar jugak. Korang blh google je review Glory Beach Resort ye. Sume apartment sama je aku rasa.

Ada lagi cerita raya nanti aku update Jamuan Raya Bahagian ktorang pulak. Nak letak dalam ni skali panjang lebar pulak nanti. Cukup la setakat ni dulu. Nahh banje 1 gambar adik beradik ni.

 Abang selalu kena buli ngan adik. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah