Monday, November 4, 2013

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijrah

Assalam.

Hai korang. Esok kita akan berganjak ke tahun baru dalam kalendar Islam. Jom kita baca doa ni ptg ni!


klik gambar untuk besarkan image



Doa Awal Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.


Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Doa Akhir Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


 


Semoga tahun baru memberikan kita lebih keberkatan. In Sha Allah.



Selamat Tahun Baru 1435H!






Friday, November 1, 2013

Popia Nestum Crunchy

Assalam.

Woww nama xhengat sgt uols. Crunchy tu aku saje je tambah. Aku wat ni masa EL Danish demam aritu. Dia sedap je tido ptg tu, aku pun melebarkan sayap popia utk digulung (haha! kelakar la sgt!!). Ni kira kali ke 2 aku wat. 

Disebabkan aku memang xmnm/xmakan susu tepung, jadi aku memang reject awal2 kalau popia nestum ada pakai susu tepung ni. Resepi ni memang xde guna susu tepung. Terbaekk woo. Ayaq lioq meleleh bila ingatkan popia ni. So kena lah buang sikap 'M' tu.

Resepi dr my officemate. TQ kak lieza ;')




Ok..mulakan sesi menggulung yuk!


Lepas gulung dipotong menyereng (xtau nk pakai ayat ape dah) begini.


Digoreng sampai garing. Ni dah macam dh nk hangit. Huhu. Amboii kau! banyak gila minyak. Cuba teka berapa kalori kah? Hahaha!


Akhir sekali digaulkan dgn nestum+gula castor yang dah diblend. Nisbah nestum:gula (sudu), 10:4. Ok selesai. 


"Krupkrapkrupkrap''


Sedapnya Wallahweh! Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah