Friday, June 10, 2016

Ayam Masak Kicap Simple Tapi Sedap =')

Hahaha.

Tajuk tu penting. Iye la, orang sekarang semua nak yang simple je kan. Senang. Puasa2 ni lagi la, balik keje dah pukul berapa, kalau nak masak yang special sket memang kene tunggu ujung minggu je la. I baru tengok traffic sources tadi. Wlupun blog ni suam2 kuku, tapi pencarian yang paling top minggu ni semua pasal resepi. So arini i nak share Resepi Ayam Masak Kicap versi Mammadanishdarwish. Mudah dan Simple.Aku kalau masak kicap memang suka letak kentang. Kalau tak letak pun takpe. Jom tengok resepi.


 Ayam Masak Kicap Simple Dimple =)

1/2 ekor ayam
3 biji kentang - optional (dipotong ikut kesesuaian)

Goreng ayam & kentang dengan garam kunyit
Ketepikan.

Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk. Tapi aku pakai chopper cosway ni.
1 batang kulit kayu manis, 3 bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang
Tumis semua bahan hingga naik bau.

Masukkan kicap manis, kicap masin & 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk.
Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau tak nak, tukarkan dgn sedikit air.

Akhir sekali masukkan ayam & kentang tadi dan bawang besar. Kalau nak pedas tambahkan cili padi.

Sedap dimakan dengan nasi panas2.







Thursday, June 9, 2016

Berita Gembira untuk Penjawat Awam

Alhamdulillah..

Semalam DS Najib dah umumkan Bantuan Khas RM500 utk penjawat awam sempena Aidilfitri. Bantuan ni akan dibayar 13 Jun (Isnin) depan. 

Satu demi satu berita baik untuk penjawat awam. Kalau minggu lepas KSN umumkan pasal pelaksanaan pengurangan waktu rehat ke 30 minit. So waktu balik bekerja pun jadi cepat la 30 minit. Bole la balik seawal 4 petang. 30 minit pun bermakna tau. Setakat harini aku takde bawak kereta lagi dalam bulan pose ni. Papa d yang hantar n amik. Sampai rumah dekat kul 5 jugak sebab jem! Ya ampun..ingatkan dapat balik awal, dapat la sampai umah awal. Nan hado~~~

Tapi ok la tuu. Takde la kelam kabut sgt. Sempat la nak masak lauk simple2. Less is more yaww  =)

Ok laaa..nak cari idea nak masak ape petang ni. Bai..




Tuesday, June 7, 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPM 2015

Alhamdulillah. Tanggal 26 April 2016 adalah hari paling bersejarah bagi macik selepas tarikh ulangtahun perkahwinan. Mihmihmih. Biasa la. Over tu penting. Kihkihkih.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 9 tahun (4 tahun di JPKL dan nak masuk 5 tahun di sini, HQ Jabatan Perangkaan) berkhidmat sebagai penjawat awam, macik dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang utk tahun 2015! Syukur sangat! Rezeki anak2. Disebalik cerita tu bukanlah semua yang manis2. Biasa la kan, manusia tak pernah senang dengan rezeki yang orang dapat. Normal~

Tapiiiii..

Yang jadik tak normal bila ada yang mengata belakang2. Yang mengata pun, antara yang rapat jugak. Sedih kan? Mau tak sedih? Berminggu2 aku rasa down sangattt. Sedih! Rezeki ni bukan aku yang mintak2. Bukan aku yang paksa/mintak kat pegawai untuk calonkan aku. Aku sendiri rasa bersalah bila nama tercalon, sebab aku tau aku baru lagi kat sini. Ramai lagi yang lebih layak. Sobs!

Ok la, malas dah nak fikir semua tu. Benda pun dah lama lepas, aku je yang lambat update kat sini. Minggu lepas aku dah dapat gambar rasmi masa majlis tu. Itu pun bukan pree ok? Hikhik.

Tadaaa..
Dan-dan menggigil kaki macik masa nak naik stage. Haha!
 
Majlis utk tahun ni buat kat Auditorium Parcel D je. Takde dah PICC. Save budget kekdahnya! Semua jabatan bawah Jabatan Perdana Menteri buat sekali. Ada 2 sesi, pagi n petang. Nasib baik macik sesi pagi kalau tak memang kelam kabut la. Tu pun belum macik pakai tudung korporat JPM yang jenis licin tu, kalau tak lagi haru! Kalau ikutkan kene pakai tudung JPM tu, tapi macik ingkar. Mauu tak ingkar, kalau macik pakai, macik kira2 macik kene bangun seawal 4 pagi kot nak setting awning atas dahi ni. So, ingkar sket2 pun kira bole je lah! Kikiki.
 
Peace yawww.
Pagi2 fresh lagik. Ni sebelum berangkat ke Parcel D.
 
Ok la. Takde banyak gambar pun nak share. Sebab dalam audi takde amik gambar pun. Kat booth yg JPM buat pun lupa nak ambik. Sekian..adios!
 
 
 
 

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan 1437H!


Selamat Berpuasa Kawan2. Semoga segala ibadah kita di bulan yang mulia ni diterima. Amen.
 
Lama menghilang, bukan la terlampau busy. Tapiiii memang tak sempat nak menjenguk. Blog sendiri pun lama dah tak bukak. Harini aku try nak bw balik sambil2 cari idea nk masak apa utk berbuka petang nanti. Jaga2 klu korang rajin share resepi. Habis aku selongkar nanti. Mihmihmih. See ya!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah